Luna Maya

Khabar duka, Muhammad Munzir meninggal dunia kemaIangan selepas lulus ujian menunggang motosikal

Pelajar Terbaik STAM 2020 Kedah Maut Dalam Kemalangan

Baling: Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kedah 2020 maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan Charok Nau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, berasal dari Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang,

dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa yang juga bekas pelajar Yayasan Khairiah, Kupang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Shamsudin berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa melambung dan jatuh di laluan bertentangan selain parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dapat dilakukan.

“Pemandu MPV berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kuala Chenerai, Kuala Pegang dilaporkan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber HarianMetro dan media sosial

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *