Luna Maya

Terserempak di Kg Chemor, Abam Viva tetap senyum walau raut wajah jelas keletihan

Nama pemuda berhati murni, Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ terus mendapat tempat di hati warganet sejak beberapa hari lalu sekali gus masih trending di laman Twitter.

Terbaharu, seorang individu @rafiquemuzhaffa memaklumkan khutbah Jumaat hari ini turut menitipkan doa buat pemuda berusia 29 tahun itu selepas misi bantuan banjir dilakukannya tular di media sosial.

Masa khutbah imam baca doa for Azwan Omar, abang Viva.

“Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan imam masjid mana yang membacakan doa tersebut. Malah, ada juga individu mendakwa sifat kebaikan Azwan disebut-sebut di beberapa lokasi masjid antaranya di Masjid Negara.

“Masa khutbah, imam baca doa untuk Azwan Omar, abang Viva. ‘Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja’.

“Jemaah satu masjid doakan untuk dia, mungkin satu Kuala Lumpur kalau khutbah dan doa diseragamkan,” tulis @rafiquemuzhaffa.

Abang Viva, nama dia disebut sewaktu khutbah Jumaat today in a few places.

Orang2 camni lah yg kita kena doakan pd setiap solat Jumaat. Mereka berbakti untuk ummah. Mereka contoh Islam yg baik.

Punyalah power brader Azwan Omar ni datang tolong orang banjir, nama dia disebut dalam doa kat masjid negara.

Sementara itu, seorang lagi individu @ushardaniele memuat naik satu ciapan meminta orang ramai sekiranya terdapat nombor telefon bagi menghubungi Azwan kerana mendakwa pihak Perodua mencari pemuda berkenaan.

Terdahulu, kisah Azwan dikagumi ramai apabila sanggup mengambil cuti kerja dan berbekalan RM50 sebelum membawa bot menggunakan kereta Perodua Viva bagi menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Shah Alam.

Difahamkan, dia yang bekerja sebagai operator mesin kini berada di sekitar Pahang pula yang turut terjejas akibat bencana banjir sekali gus berganding bahu dengan orang ramai dalam menghulurkan bantuan.

TERSEREMPAK DENGAN ABANG VIVA, RAUT WAJAH YANG JELAS KELETIHAN TETAP MAMPU MEMBERI SENYUMAN BUAT PENDUDUK KAMPUNG

Tular di laman sosial rakaman penduduk kampung yang terserempak dengan Encik Azwan.

Video yang dimuat naik oleh pengguna tiktok trsebut mendapat perhataian netizen yang rata-rata perasan tentang raut wajah Azman yang keletihan.

Tonton Video:

 

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : Tiktok ftzahraa

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.