Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil maklum kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu sudah menarik balik dan menamatkan sokongan kepada Perdana Menteri serta merta.
Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Peguam Negara berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri.
Dalam kenyataan media secara bersama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengingatkan Peguam Negara bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sudah dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua parti politik yang menyokong beliau.
“Ini termasuk Presiden Umno, yang sudah dipersembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020.
“Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka Perdana Menteri sudah hilang sokongan asas parti itu dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.
“Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik Perikatan Nasional (PN) daripada mempertahankan keluhuran undang-undang,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, mereka berkata Muhyiddin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana sudah hilang sokongan dan keabsahan (legitimacy) sebagai Perdana Menteri.
Menurut kenyataan itu, PH akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi lebih pantas serta langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar diteliti dan diumum oleh jawatankuasa PH.
“Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat ekoran krisis Covid-19 yang kian meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan.
“Majlis Presiden turut berpendirian bahawa waktu ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil memandangkan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan,” kata mereka.
MlTl Benarkan Lebih Banyak Sektor Beroperasi Semasa PKPD di SeIangor MuIai Hari Ini
KUALA LUMPUR: Lebih banyak sekt0r dibenarkan ber0perasi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula hari ini, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
MITI berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dan dibincangkan bersama antara MITI, Menteri Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Kata kenyataan itu, sekt0r yang dibenarkan adalah sekt0r elektrik dan elektr0nik serta rantaiannya; sektor aeroangkasa (penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan); sektor mesin dan peralatan yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan; dan syarikat pembuatan makanan dan minuman utama.
Menurut MITI, langkah tersebut diambil atas alas4n sektor-sektor berkenaan dilihat sebagai penting dalam rantaian bekalan antarabangsa dan tempatan.
“MITI ingin memaklumkan keputusan ini dibuat berikutan peranan sektor-sekt0r ini yang penting dan signifikan dalam menyokong pengeluaran produk-produk di dalam rantaian bekalan global serta peng3luaran kritik4l bagi sekt0r kesihatan dan makanan dan minuman di dalam negara,” katanya.
Justeru, katanya syarikat-syarikat dalam sekt0r yang disenaraikan boleh memulakan semula operasi dengan menggunakan surat kelulusan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ serta bertarikh Jun 2021 ke atas.
Katanya, senarai produk makanan dan minuman utama terbabit disenaraikan dalam prosedur operasi standard (SOP) Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor, melalui laman web www.miti.com.my.
Semalam, media melaporkan bahawa 60 peratus k3s kluster tempat kerja pada bulan pertama pelaksanaan sek4tan pergerakan penuh (total lockdown) berpunc4 dari kilang.
Memetik laporan MalaysiaKini, Dewan Perniagaan dan Industri India Bersekutu Malaysia (Maicci) berkongsi nota taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hujung minggu lalu berhubung perincian klust3r.
Menurut n0ta tersebut, data tersebut mendapati 18,065 kes berkait dengan kilang dalam tempoh bermula 1 Jun hingga 1 Julai, iaitu sebanyak 436 kluster dikesan di tempat kerja dengan 227 dari sektor pembuatan.
Data tersebut juga mendapati 85 klust3r sekt0r pembuatan terletak di Selangor. Namun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu berkata bahawa adalah tidak 4dil untuk meny4lahkan sektor pembuatan atas peningkatan jumlah kes COVID-19.
Beliau mend4kwa bahawa kes sektor pembuatan hanya merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan k3s yang dilaporkan.
sumber Astroawani, metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.