LANGKAWI – Seorang wanita yang juga peniaga kedai makan maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Bukit Malut di sini pada Khamis.
“Pemandu kereta itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal yang dinaiki dua beranak terbabit.
“Akibat rempuhan kuat, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit tercampak ke hutan semak di sebelah kiri jalan.
“Pembonceng disahkan maut ditempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut Shariman, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) dan mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, hasil ujian nafas ke atas pemandu lelaki berusia 38 tahun warganegara India, bekerja sebagai jurutera IT di Singapura, didapati negatif alkohol.
“Pemandu kereta itu telah direman selama dua hari bermula hari ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Awani
Sumber SH