Luna Maya

Pnduduk Kampung Buat Aduan Hingga Ditangkap, Monyet KembaIi Sejauh 22 KiIometer utk ‘BaIas Dndam’

Kerana tak puas hati penduduk kampung ‘melaporkannya’ kepada jabatan hutan, seekor monyet menempuh perjalanan sejauh 22 kilometer untuk ‘membalas dendam’.

Menurut laporan TNN, monyet tersebut mulanya berulah dengan merampas buah-buahan dan makanan ringan daripada penduduk kampung di wilayah Karnataka, India. Pada awalnya penduduk kampung tak kisah dengan kehadiran haiwan tersebut, namun terpaksa bertindak setelah sekolah dibuka semula.

Monyet berkenaan didapati berkeliaran di sekitar kawasan sekolah dan ditakuti kanak-kanak setempat. Oleh itu, penduduk kampung membuat aduan kepada jabatan hutan untuk menangkap haiwan tersebut, 16 September lalu.

Sebelumnya, seorang pemandu tuk-tuk turut diserang dan sempat digigit monyet liar itu. Menurut pemandu tersebut, luka akibat gigitan monyet berkenaan agak teruk sehingga doktor memberitahu ia akan mengambil masa sebulan untuk sembuh.

Lebih 30 orang terlibat dalam penangkapan monyet tersebut dan mengambil masa tiga jam untuk ditangkap.

Keadaan di kampung kembali tenang setelah monyet berkenaan ditangkap dan dilepaskan di hutan Balur, kira-kira 22 kilometer dari kampung tersebut.

Namun kurang seminggu kemudian, haiwan liar itu kembali untuk ‘balas dendam’ dengan menaiki sebuah trak yang kebetulan tiba di kawasan kampung berkenaan.

Monyet tersebut telah ditangkap semula 22 September lalu namun kali ini dilepaskan jauh ke dalam hutan agar ia tak kembali.

Sumber: TNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *