Luna Maya

Kena bayar kmpaun RM62,000, penganjur perhimpunan merayu bantuan dari orang ramai. Yg baik hati tu boleh lah tolong

Penganjur himpunan haram pada 19 Ogos lalu meminta sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini.

Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” kata mereka.

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang,” tambah SSR.

Kena bayar kmpaun RM62,000, penganjur perhimpunan merayu bantuan dari orang ramai. Yg baik hati tu boleh lah tolong

Semalam, seramai 31 peserta nyalaan lilin membuat laporan polis yang mendakwa penahanan mereka tidak sah dan dinafikan hak mereka oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung.

Berikutan itu polis telah memanggil sebahagian mereka termasuk peguam, untuk siasatan lanjut berkaitan acara yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengkritik layanan kasar polis terhadap 31 individu berkenaan ketika acara itu berlangsung.

Salah seorang peserta yang juga ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan mendakwa dia mengalami kecederaan fizikal setelah lima anggota polis menyeretnya ke dalam kenderaan polis.

Dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan menafikan hak tahanan untuk mendapatkan peguam adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu juga meminta pihak polis mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

31 Ahli Sekretariat Solidariti Rakyat masing-masing dikompaun RM2,000

Seramai 31 ahli Sekretariat Solidariti Rakyat dikompaun RM2,000 setiap seorang setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana terlibat dalam perhimpunan di padang Dataran Merdeka, pada 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka dikompaun selepas keterangan mereka diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

“Pasukan Pematuhan IPD Dang Wangi mengesan sekumpulan indvidu berhimpun di Dataran Merdeka sempena program memorial memperingati mereka yang gugur akibat pandemik wabak COVID-19 dan mereka dilihat berhimpun sambil membakar lilin serta memegang kain rentang putih bertulis ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit PPN (No 2) 2021,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Noor Dellhan menasihatkan orang awam agar terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi memerangi wabak COVID-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.

— BERNAMA

Sumber: cempedakcheese

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *