Sudah menjadi tanggungjawab seorang jururawat untuk menjaga serta merawat para pesakitnya di hospital dengan penuh teliti dan sabar.
Nak-nak pula apabila mereka perlu menjaga serta merawat bayi yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Kesabaran yang tinggi diperlukan bagi melayan karenah bayi kecil yang akan kerap menangis kerana tidak selesa dan sebagainya.
Menerusi ciapan video dibuat pengguna bernama Amyra Nadyaa itu, dapat dilihat seorang bayi sedang menangis di unit rawatan rapi neonatal (NICU).
Tindakan jururawat tersebut yang merakam serta tidak mengendahkan tangisan bayi itu mengundang kemarahan netizen.
Dia yang pada awalnya memuat naik video itu menerusi akaun TikToknya turut meletakkan kapsyen yang sangat menyakitkan hati.
Walaubagaimanapun, difahamkan jururawat itu telah menyahaktifkan akuan TikToknya selepas mendapat kecaman dari warganet.
Bunyi latar belakang video yang biadap
Ciapan yang dibuat Amyra Nadyaa itu mendapat respon warganet di Twitter. Rata-rata mereka mengecam tindakan jururawat berkenaan yang tidak beretika serta tindakannya yang menggunakan bunyi latar belakang video yang tidak beradab.
Tonton Video:
siannya. baby tu menangis mestilah ada sebab 🙁 pic.twitter.com/RzuWhpNbzN
— 𝐍𝐚𝐝𝐝𝐲 🌻 (@amyranadyaa) June 16, 2022
Haihh sungguh tidak beretika tindakan jururawat ini, siap letak bunyi latar belakang yang kurang sedap didengar lagi.
Kredit: Twitter amyranadyaa