Luna Maya

MasaIah rumah tangga punca askar mengamvk sehingga membvnvh diri. Salam takziah buat keluarga

KUCHING: Masalah rumah tangga dikenal pasti punca seorang anggota tentera mengamuk dan menembak diri sendiri, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, suspek berusia 28 tahun itu datang ke rumah keluarga isterinya untuk berbincang masalah rumah tangga yang dihadapinya.

Ketika berbincang dengan isterinya, suspek tiba-tiba marah dan mengambil senjata api Colt M4 Carbine yang disimpan di dalam keretanya.

“Suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan di bahagian ruang tamu dan dapur rumah itu. Ibu mentuanya yang berusia 58 tahun terkena tembakan di bahu kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MasaIah rumah tangga punca askar mengamvk sehingga membvnvh diri. Salam takziah buat keluarga
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang anggota tentera mengamuk sebelum membunuh diri di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang di Kuching, hari ini. – Foto ihsan polis

Abang Zainal Abidin berkata, suspek kemudian berjalan ke bahagian hadapan rumah dan terus menembak diri sendiri di bahagian dagu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, difahamkan suspek dari kem tentera di Tondong, Bau dan ketika kejadian dia masih bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan SOP COVID-19 bagi daerah Bau.

“Suspek meminjam kereta kawannya untuk pergi ke rumah keluarga isterinya di Kolong 1 itu dan difahamkam dia dan isterinya dalam proses perceraian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan polis mengesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai,” katanya.

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *