Luna Maya

Sah! Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju sertai Kerajaan Perpaduan tetapi bukan diterajui Pakatan Nasional

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun kerajaan perpaduan yang akan disertai kelak bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, keputusan untuk tidak menyertai kerajaan perpaduan bersama PN itu dibuat bagi memastikan kerajaan yang dibentuk kelak lebih stabil.

“MKT juga bersetuju untuk semua wakil parti yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau kerajaan lain yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

“Keputusan itu juga dibuat selepas BN memperhalusi perbincangan Jawatankuasa Perundingan BN bersama PH dan PN,” katanya dalam kenyataan media.

Keputusan yang dibuat Umno ini secara tidak langsung menunjukkan BN bakal menyokong gabungan lain yang besar kemungkinan adalah PH.

Dalam kenyataan sama, Ahmad juga menjelaskan MKT terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Katanya, Perhimpunan Agung Umno 2022 juga akan diadakan pada 21 hingga 24 Disember depan.

Pagi ini, Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat bagi memuktamadkan keputusan sokongan yang akan diberikan bagi membentuk kerajaan pusat.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *