Luna Maya

Budak MiIiki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan, Tapi Makna DisebaIiknya Sangat Indah

Seorang kanak-kanak yang dilahirkan pada 2019 pernah menggemparkan media sosial apabila diberi nama terpanjang yang mengandungi 19 perkataan.

Anaknya yang kini berusia 3 tahun bagaimanapun mempunyai nama panggilan yang terdiri daripada 5 huruf sahaja iaitu Cordo.

Menurut laporan Detik.com, si ayah, Arif Akbar, 29, mendedahkan bahawa nama yang dipilih itu mempunyai maksud yang tersendiri dimana ia mempunyai kaitan dengan tokoh-tokoh besar dalam Dunia Islam.

Kata si ayah, ia merupakan satu doa dan berharap anaknya itu membesar menjadi manusia hebat seperti tokoh-tokoh Islam berkenaan.

”Maknanya, anak ini (berharap) akan menjadi tokoh besar dunia suatu hari nanti. Seorang yang tidak berfikiran lokal, sempit atau terkebelakang.

”Tetapi berwawasan global, sekaligus mempunyai keinginan dan kuasa untuk merealisasikan impian besarnya. Lelaki yang kuat tetapi mempunyai jiwa yang lembut juga,” kata si ayah ketika mengulas makna disebalik nama anaknya itu.

“Suka hati dia sbg ayah. Tp nama panggilan harian tetap pendek.
Jika di Malaysia,nama anak perempuan begini,menangislah bakal suaminya nak sebut ketika majlis akad nikah.”

“Nama panjang2 anggil “cordo”…lps dah besar pi sekolah kawan2 pula ejek2 panggil “corndoq” aduhaiiii…boleh kemurungan budak tu”

“Aniaya budak tu jee…kat sekolah nanti habis budak tu tulis nama dia,waktu exam pun tamat.”

Nama anaknya diberi adalah Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta

Menurutnya lagi, pemilihan nama itu dibuat melalui perbincangan dengan ayah saudaranya yang merupakan seorang budayawan tempatan.

Sumber:SiakapKeli via Detik.com

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *