Luna Maya

Khabar memilukan, Izzah Shahirah maut bersama atok dan nenek dalam kemaIangan kereta bertembung Iori pasir

KLUANG – Hasrat seorang cucu membawa datuk dan neneknya untuk mengambil ubat di sebuah klinik di Simpang Renggam tidak kesampaian apabila Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pasir dalam kejadian di Jalan Johor, Kampung Pinggir di sini hari ini.

RAKAMAN KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Dalam nahas pada kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Alza, Izzah Shahirah Sahri, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan.

Kemalangan itu turut meragut nyawa datuk, Md. Salleh Kosran, 75, dan neneknya, Miskina Naining, 70.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.09 pagi.

“Tujuh anggota Pasukan Keluar Operasi (PKO) bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan sebelum mendapati benar berlaku kemalangan melibatkan Perodua Alza dan lori pasir tanpa muatan jenis Hino.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas. Ketiga-tiga mangsa di dalam kereta Perodua Alza disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

“Mintak jasa kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat adik saya Izzah Syahirah, atuk Md Saleh bin Kosran & nenek Miskinah binti Naiming telah pergi mengadap Ilahi pagi tadi, kemalangan di Simpang Renggam.”

Tonton Video:

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *