BELUM reda isu beristeri dua bekas jurulatih bola sepak iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, tiba-tiba muncul pula konflik rumah tangga membabitkan anak sulungnya, Mohd Zaiza dan menantu, Suzur Sofia.
RAKAMAN VIDEO LUAHAN MENANTU ZAINAL ABIDIN ADA DI BAWAH SEKALI
Sofia yang juga pramugari memberitahu kemelut rumah tangga mereka telah berlarutan sejak sekian lama namun dia tetap bertahan demi anak-anak.
Saya ini seorang mualaf, keluarga pula jauh di Miri, Sarawak. Jadi memang tiada siapa di sini. Selama ini saya bertahan dalam perkahwinan sebab anak-anak.
Kalau awak (Zaiza) sayangkan keluarga ini, awak boleh berubah dalam tempoh tujuh tahun kita berkahwin. Tetapi awak masih sama. Hanya kita berdua sahaja yang tahu apa masalah sebenar dan saya akan bawa semuanya ke mahkamah, jelasnya yang turut mendakwa mempunyai bukti untuk didedahkan kepada mahkamah.
Meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat, Sofia berkata sebelum ini dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan sentiasa memastikan keperluan mereka lengkap sebelum bekerja.
Disebabkan tidak dapat berjumpa dengan dua orang cahaya matanya itu, Sofia terpaksa meminta kerjasama pihak sekolah untuk menghantar gambar anaknya bagi melepaskan rindu.
Saya terpaksa minta sekolah hantar gambar anak sebab terlalu rindu. Itupun anak yang pertama kerana dia kini sudah memulakan pra-sekolah. Anak kedua pula, saya akan minta ibu saya jadi orang tengah untuk video call. Ada masa dijawab namun selalunya diabaikan, luahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.
mStar mengharapkan agar masalah rumah tangga pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan bersama.
Antara Reaksi Netizen
“Hak penjagaan kalau dah awal2 dapat ke laki.. Faham2 je la.. Mungkin terhalang sebab moral isu kot.. Benda boleh dedah kat media buat apa settle cara lain..” – Alias
“top carta minggu ini…nampaknya jatuh kepada abam zainal…tahiniah abam…sarah&sol nampaknya masih kekal di no 2…ranking terbaik setakat awal tahun ni…sekian dari saya…” – Epul
Tonton Video
Sumber Mstar