Luna Maya

Khabar duka, Daniel Afiq meninggal dunia akibat tersepit daIam kemaIangan kereta Ianggar penghadang jalan. Salam takziah buat keluarga

SHAH ALAM – Perjalanan dua rakan pulang ke rumah berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di Sungai Buloh berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu mangsa dikenali Muhammad Daniel Aifiq, 22, yang cedera parah tersepit dalam kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

GAMBAR-GAMBAR KEADAAN KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dan rakan wanita berusia 20 tahun menaiki kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah rakan di Kampung Melayu Subang.

“Mangsa yang memandu kereta itu sedang menghantar rakan wanitanya dahulu dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta itu berpusing menghadap arah bertentangan dengan mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebak baca luahan ibu arwah :

“selamat jalan wahai anakku..semoga Allah tempatkan Don di syurga bersama org2 beriman..terima kasih Allah kerana permudahkan urusan Don hari ni..semoga Allah permudahkan urusan Don di sana.hanya Allah yg tahu perasaan ibu bapa yg mandikan jenazah , kafankan dan kebumikan anak mereka..Al fatihah utk puteraku Muhammad Daniel Aifiq”

Kata beliau, mangsa telah berjaya dikeluarkan pihak bomba serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baharudin menambah, rakan wanitanya pula telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Arwah selamat dikebumikan

“22 tahun Allah pinjamkan Don pada mama..mama x kuat dan x tahu sampai bile boleh bertahan..Al fatihah anakku..tenanglah di sana”

Keadaan selepas kemalangan :

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Kosmo dan Facebook

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *