Luna Maya

Masak ala kadar, tidak sedap punca ramai isteri dikasari suami

Gambar di atas hanya sebagai hiasan.

SHAH ALAM – Kegagalan isteri menghidangkan juadah enak kepada suami antara aduan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di Selangor sepanjang Januari hingga September tahun lalu.

Meskipun kedengaran seperti tidak masuk akal namun rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mendapati 20 hingga 30 peratus daripada 254 kes keganasan rumah tangga yang diadu membabitkan isu berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) Siti Kamariah Ahmad Subki berkata kekurangan bekalan makanan menjadi punca kebiadaban itu berlaku berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada kes diterima apabila si suami mengamuk sehingga sanggup membaling pinggan ke arah si isteri gara-gara makanan yang dimasak tidak sedap dan ala kadar dengan hanya berlaukkan telur goreng.

“Memang tidak logik si suami berbuat demikian sedangkan mereka yang sepatutnya bertanggungjawab memberi makan dan minum kepada ahli keluarga. Oleh kerana terdesak serta kelaparan, dia (suami) tahu marah sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau berkata aduan sampingan lain yang turut dilapor membabitkan masalah kewangan, dibelenggu hutang tinggi, kehilangan pekerjaan dan kesukaran memohon bantuan disediakan kerajaan.

“Kita mengenal pasti majoriti mereka yang membuat aduan berkaitan tidak memiliki tahap pendidikan tinggi. Mungkin ia biasa bagi kita, tetapi menjadi masalah besar buat mereka,” katanya lagi.

Antara Komen Netizen

Tolonglah masak sekali sama-sama

Hidup jangan complicated sangat.

Suami mithali

Sumber Media selangor

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.