Luna Maya

Tengah sarat mengandung anak nombor dua, dia pukul depan mak dia, sekarang dia curang ada perempuan lain

Keganasan rumah tangga merupakan satu bentuk keganasan, penderaan atau bentuk perlakuan yang bersifat menakut-nakutkan dan lazimnya digunakan untuk mengawal atau mengekalkan kawalan ke atas pasangan yang berada dalam hubungan intim.

Di instagram telah tular kisah keganasan rumah tangga yang baru berlaku pada seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

Beliau telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan kesan lebam akibat keganasan yg berlaku di dalam rumahtangganya sendiri.

Dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh pembaca, dia tabah menceritakan pengalaman pahit tersebut yang berlaku ketika tengah sarat mengandung anak ke dua.

Selain itu, dia mendakwa pasangannya turut mengoyakkan baju dan meludah di bahagian muka ketika dalam kereta.

yes akhirnya hilang kesabaran. lama diam bagi masa semoga ada jalan untuk semua ni. tapi tidak hampir hari2 lepas satu satu allah tunjuk belang smpai ke harini. tu gambaq tgh sarat pregnant anak no 2 dia pkol dpn mak dia. blom cerita dia koyak baju lam kereta tolak ludah muka tapi tu dimaafkan my fmly pun maafkan

Tambahnya lagi, dia dan keluarganya telah pun memaafkan perbuatan tersebut namun disebabkan wujudnya orang ketiga, sampai habiskan duit dekat perempuan lain walhal nafkah anak bini tidak dijaga.

Kisah wanita ini telah menarik perhatian pengguna Twitter yang bernama fiihazmii.

Dengan memunggah semula postingan dari wanita itu di akaun twitter miliknya, dia mengatakan :

Dear men, please respect your wife

like respect your mum, ok? 

 

Ini antara reaksi netizen 

Ni sebab i tak kisah kahwin umur berapa asalkan pilih laki yang betul

Semoga perempuan dijahui dengan lelaki kaki pukul

kau ambik cara baik. sila pulangkan cara baik

Semoga urusan wanita ini dipermudahkan.

Sumber fiihazmii & Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *