Luna Maya

Video: Terlalu kejam! Mangsa dirogoI dan diIiwat sblum maut, mayat disorok bawah katil

Nibong Tebal: Diro.gol dan diIiwat sebelum meninggal dunia dan mayatnya disorok di bawah katil.

Begitu kejadian tragis yang menimpa wanita berusia 40 tahun apabila dia diperlakukan oleh lelaki tidak dikenali yang masuk ke rumah teres dua tingkatnya di sini, semalam.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata, polis menerima laporan pada 7.20 malam Sabtu berhubung penemuan mayat wanita yang diletakkan di bawah katil di dalam bilik sebelum bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.

“Melalui siasatan, kejadian disedari seorang wanita berusia 41 tahun yang datang ke rumah mangsa kerana mempunyai temujanji dengan mangsa kira-kira jam 3 petang, namun dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal telah keluar dari rumah mangsa.

“Berikutan tidak sedap hati, dia kemudian menghubungi kakak mangsa sebelum kakak mangsa menghubungi kenalannya untuk membuat pemeriksaan ke atas kediaman adiknya.

“Kenalan kakaknya pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah sedikit terbuka lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, ketika pemeriksaan dibuat keadaan rumah mangsa berselerak dan polis menjumpai mangsa di bilik bahagian tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan dalam keadaan terbaring di bawah katil.

“Terdapat saksi iaitu jiran sebelah rumah mangsa mengatakan juga telah nampak pergerakan seorang lelaki keluar dengan menaiki motosikal jenis SYM.

“Berpandukan kepada maklumat itu, polis berjaya mengesan keberadaan suspek dan membuat tangkapan ke atas lelaki yang mempunyai lima rekod jenayah berusia 29 tahun yang bersembunyi di Changkat Sungai Jawi tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Chong Chern berkata, soal siasat ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira 6 petang dan selepas itu meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan memberhentikan motosikal di kawasan perumahan dan dia masuk ke rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi melalui tingkap.

“Suspek kemudian pergi ke bilik tidur di bahagian bawah dan telah nampak mangsa sedang tidur di atas katil lalu bertindak mero.gol serta meli.wat mangsa hingga mangsa melawan dan menjerit kerana terkejut dengan perbuatan suspek.

“Dia (suspek) yang mendapati mangsa tidak lagi bergerak dan dipercayai meninggal dunia kemudian menarik mangsa ke bawah katil dan menyembunyikan mayat mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Chong Chern berkata, suspek menggeledah rumah mangsa dan mengambil telefon bimbit, wang tunai dan loket mangsa sebelum keluar dari rumah itu kira-kira 2 petang dan pergi menghantar motosikal yang dipinjamkan dari rakannya, kemudian pulang ke kediamannya dengan berjalan kaki.

Sehubungan itu warganet memberi reaksi amarah terhadap suspek yang dianggap terlalu kejam.

Turut memuji tindakan polis yang pantas bertindak menangkap suspek

“Suspek yang mengetahui polis membuat pemeriksaan ke atas rumah mangsa kemudian menyembunyikan diri dan membuang barangan milik mangsa ke dalam sungai.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan mayat mangsa akan dibedah siasat selepas keputusan saringan Covid-19 diperoleh,” katanya.

Tonton Video :

 

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.