Luna Maya

Malas Sekolah & Tidur Sepanjang Hari, Mak Ayah Buang Remaja Bermasalah Ke Pulau

Malas sekolah dan hanya tidur sepanjang hari, mak ayah di Beijing, China mengambil tindakan buang anak remaja bermasalah ke pulau tidak berpenghuni.

Tindakan nekad ini rasanya jalan terakhir agar anak ini berubah laku. Mungkin juga remaja dinasihati berkali-kali secara baik namun tidak berubah, jadi ini adalah tindakan yang wajar.

Mak Ayah Buang Remaja Bermasalah Ke Pulau
Seorang remaja bermasalah di China dihukum dengan ‘dibuang’ ke sebuah pulau tidak berpenghuni.

Daily Star melaporkan, nelayan melihat seorang gadis berusia 13 tahun yang mengakui ibu bapanya meninggalkannya di pulau terpencil itu.

Ia sehingga remaja itu dapat belajar mengenai kesusahan hidup.

Remaja itu dilihat berada satu kilometer dari Bandar Rushan iaitu di pantai Shandong.

Dia hanya dibekalkan air dan biskut oleh ibu bapanya.

Menurut media China, ibu bapa gadis itu mengambil tindakan dramatik itu dalam usaha mengubah sikap remaja itu yang suka memberontak.

The Sun melaporkan ia berlaku selepas remaja itu malas bersekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.

Menurut China Press, gadis itu dan ahli keluarganya adalah pengunjung pertama di pulau itu, selepas bertahun-tahun ia tidak berpenghuni kerana ketiadaan elektrik atau sumber air.

Selepas dua hari, dia dilaporkan menemui nelayan yang belayar melalui pulau itu, yang kemudian bertindak menghubungi polis.

Pihak Berkuasa Terpaksa Campur Tangan
Ketika polis tiba di pantai, gadis itu berlari ke arah mereka sambil menangis dan mengatakan: “Saya benar-benar tidak tahan. Mereka memaksa saya untuk bertahan di sebuah pulau yang sepi.

“Saya hanya mempunyai air dan biskut. Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”

Polis kemudian mengarahkan ibu bapanya untuk mengambil remaja berkenaan dan membawanya pulang ke Chengdu di wilayah Sichuan.

Walaupun pihak berkuasa terpaksa ‘campur tangan’, ayah gadis itu berpendapat tindakan itu sebagai satu kejayaan.

Dia mendakwa anak perempuannya kini lebih dewasa dan yakin berdepan orang ramai selepas insiden berkenaan.

Netizen turut memberi pandangan

baru ada akal anaknya

lebih baik hantar anaknya ke pusat pemulihan

Sumber MingguanWanita, Metro, Daily Star

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Pihak Buletin Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *