Luna Maya

Mak metua suka sangat bg makan sisa-sisa dia. Pak metua suka peIok ciium, aku tak selesa

Kembali ke topik asal, ini adalah confession kerana aku merasakan persaan kurang suka pada keluarga mertua aku. Aku berkahwin few years ago. Selepas sebulan berkenalan, mertua aku datang merisik.

Cepat sangat kan? Semua orang berpendapat kerjaya aku bagus, gaji ok (padahal banyak commitment), bijak dan sedang mengambil PhD, ada rumah dan kereta sendiri.

Sedangkan husband aku baru habis diploma, baru few months kerja, tiada asset. Macam something fishy lah kata kawan-kawan aku pun. Mesti korang dah bayangkan gap umur aku kan? Ye tak salah tekaan anda gap kami hampir 10 tahun.

Lepas tu setiap minggu kami kena balik kampung. Hari khamis dan jumaat dah call untuk remind balik kampung. Call harian tu lain cerita. Maaf okay. Mak aku didik aku untuk jarang call family (jimat topup dan berdikari sikit katanya) so aku memang shocked terima deringan telefon hari-hari.

Baru kahwin takde fasa honeymoon ye. It’s all about them. Kena simpan duit sebab hari family mereka, duit setiap minggu balik kampung. Sampai aku rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk menipu.

Aku cakap ada ada kerja sebab ada auditor nak check documentation lah ape lah. Padahal aku duduk datang office tengok Korea dari pagi sampai petang. Punyalah sebab taknak balik kampung.

Kalau diorang call phone aku, aku cepat-cepat silent or buat-buat skit perut.

Tapi pak mertua aku ni per0kok tegar. Jadi aku zip mulut dan memberontak dalam jiwa je. Dahlah tu setiap kali balik mak mertua aku kedekut tilam. Sampai hati dia bagi aku tidur toto nipis satu inci. Sob.

Aku dah biasa tidur atas katil, tilam spring yang baik untuk tulang belakang tu. Banyak nyamuk sebab tingkap diaorang punya kaca semua dah pecah jadi ada langsir je.

Bilik air usahlah cakap, malam-malam aku mesti ajak husband aku sebab banyak katak terbang dan bilik air tu berada diluar rumah. Sumpah takut.

Waktu aku pregnant hari tu sanggup aku tunggu husband aku balik tournament sepak takraw kampung dia untuk buang air jam 4 pagi. Kalau siang aku akan pergi ke petrol pam berdekatan sebab aku tak selesa.

Mulut mak mertua aku boleh tahan juga, asyik cakap aku ni dah tua lah, gem0k lah (aku 60 kg kot biras aku yang 80 kg tu tak pula dia cakap), dia suka nyorokkan makanan tak bagi aku makan, bagi aku makan bekas-bekas dia.

Kadang-kadang dia campak masuk dalam pinggan aku (paling aku geram dia suruh aku habiskan aiskrim batang yang dia dah jilat-jilat).

Second, aku tak suka pak mertua aku nak pel0k c1um. Aku tak selesa. Mungkin sebab aku tak ber’bapa’ so aku tak suka affection dari lelaki ke arah itu.

Kadang-kadang dia buat depan ahli keluarga so jadinya ramai akan question pak mertua aku kenapa c1um aku seorang, sedangkan ramai menantu lain lagi. Dia cakap aku special sebab ada baby.

Kalau takde baby pun sama je aku tengok. Mak mertua aku pun satu, dia suka r4b4 husband aku ni. Kadang-kadang pagi dia kejut husband aku sambal r4b4 *&^ dia. Pelik betul aku.

Dan setiap kali aku balik mesti diaorang akan sibuk nak masuk bilik transit tu. Nak kejut lah, nak tanya benda-benda mengarut lah.

Malu lah weyhh kalau aku tengah menyusu. Rasa aku nak menangis je dan dan tu. Kadang-kadang baby menangis kul 3 pagi nak susu tetiba dah ada kat hujung tilam. Come on lah takkan lah aku tak terbangun nak bagi susu kot.

Dan lepas tu kalau diaorang dah masuk bilik dia orang akan buka pintu luas-luas. Macam nak perhati apa aku buat dalam bilik. Pernah aku kunci dan mak mertua aku duk perli je.

Third, terasa dipergunakan. Setiap kali kami balik. Kereta aku akan jadi bahan ke sana ke sini. Nobody pun tanya. Terus ambil kunci dan drive termasuk lah anak buah yang tiada lesen lagi.

Aku dulu nak driving pun mak aku tak kasi. Dia cakap simpan saving 1K dulu, nanti kalau accident ke apa ke ada duit emergency. Kita bukan orang kaya. Kami yang hidup selesa pun boleh fikir.

Mak mertua aku suka ajak husband aku ke sana sini dan aku tak dibenarkan ikut. Aku tahu dia saja nak korek apa-apa lah tu.

Kadang-kadang kami kena hantar anak buah dia balik university yang memang jauh dan berptah balik.

Dan pak mertua aku boleh cakap, sebab aku isteri memangnya kena ikut tanggungjawab suamiku jaga anak buahnya dan bukan tanggungjawab suamiku terhadap keluargaku dan anak buahku.

Seriously? Adik beradik aku perempuan semua dan takkan anak buah aku tak boleh bergantung pada aku?

Disebabkan itu aku minta pindah kerja ke tempat yang jauh jaraknya dari rumah. Kira-kira 10 -12 jam perjalanan. Jadi kita orang berpindah ke tempat baru.

Pada mulanya mereka suruh husband aku jangan ikut. Tapi kuasa Allah swt company suami aku kena downsizing dan husband aku diberhentikan kerja jadi haruslah dia ikut aku kan. Rumah aku? Ye mereka suka campur hal urusan aku.

Disebabkan mereka beriya volunteer jadi agent nak sewakan rumah aku jadinya mereka sibuk tanya husband aku duit semua. Aku tahu mereka ikhlas nak tolong tapi tak tahu lah kenapa hati aku ni tak nak husnuzon.

Sebab depa asyik je cakap ‘rumah kau macam mana’ pada suamiku (itu rumah aku kot, aku beli 4 thn sebelum kahwin). Penyewa dah bayar ke belum. So husband aku cakap itu rumah Anya mestilah masuk bank dia.

Dan mereka minta aku bagi duit tu kepada husband aku, mereka cakap “Anya bagi jelah Khuzairi duit tu rumah kamu berdua juga”. Rumah tu sebulan gaji suami aku kot, aku sewakan rendah kerana mulut mereka yang tawar menawar dengan penyewa. Sobs.

Duit tu untuk loan bank, bukan dibelanjakan. Tanya pula berkali-kali setiap kali call. Kalau buat video call tak ke aku kena bagi muka fake? Pasal gaji aku pun mereka sibuk nak tanya, duit anak aku pun sibuk nak kira.

Peliknya aku masa kami nak kahwin mereka langsung tak hulur duit. Suami aku, aku dan mak aku yang keluarkan belanja.

Aku tahu mereka bukan senang tapi bila mereka jual tanah kepada pemaju dan jadi Orang Kaya Baru, mereka lupa janji nak tolong husband aku yang sungguh banyak komitmen sebab hutang-hutang yang mereka lambakkan kepada suami aku.

Berpindah tidak bermakna cerita ini tidak berakhir mudah. Kalau aku balik kampung, aku memang adil 3 hari kampung dia 3 hari kampung aku. T

api kalau mertua aku tahu kami ke rumah mak aku dulu mesti dia akan suruh singgah rumahnya walaupun jam 1 pagi ke 4 pagi ke. Mesti touchdown dulu sana.

Suami aku Alhamdulillah rasional dan menolak sebab akan rugi few hours dan sampai separuh hari ke kampungku jadi kiraan akan tidak adil.

Tapi mertua aku akan tukar trick untuk datang ke rumah mak aku dan spend the whole day kat rumah aku sampai mak aku rimas. Selalu sangat buat macam ni sampai mak aku rasa marah dan bengang.

Kadang-kadang ada juga dia suruh aku bercrai sebab dia rasa aku dipergunakan.

Aku? Bukan Tak pernah terfikir. Tapi cuba aku buang jauh-jauh. Bukan sebab anak. Bukan sebab takut jadi janda. Sebab hubungan aku ikhlas dengan suami aku.

Susah senang dia, sabarnya dia walaupun kadang-kadang hilang juga sabar (huhuhu), tapi tak tahu lah kan jika Allah bolak-balikkan hati aku.

Aku masih tiada simpanan, sebabnya asyik nak tolong suami. Nafkah suami aku bagi time pkp jelah sebab tak kena bayar hutang. Aku jenis tak berkira tapi sedih kadang-kadang lihat suami aku struggle dan parent dia minta aku tanggung anaknya.

Ni duit gaji ni aku nak saving untuk buat sambutan hari jadi anakku mungkin tak jadi kerana mereka dah start collect duit untuk ‘event’ makan malam mereka. Suami aku awal-awal dah warning tak perlu beli perabot dapur, tumbuk je cili kat lantai sebab kena simpan duit.

Kalau ada tips nak jadi keras atau tips mengelat balik kampung. Sila bagi komen. Amat-amat tertekan.

Oh yaa last sekali aku takut balik sebab mertua aku macam jalani ilmu sesat je. Dia orang kalau travel memang tak solat, fatwa apa pun aku tak tahu. Lepas tu kalau zikir, macam orang sesat juga terjerit-jerit, macam kat dalam tv tu. Takut aku. Mimpikan hidup tenang.

Apa pendapat korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.