Luna Maya

Mak MenyeIinap Masuk dlm Bilik Kami, Dia Buat Sesvatu Smpai 1 Taman Tahu, Mak Tak Ptvt Buat Mcm tu

Tolong lah admin siarkan kerana aku hampir jadi gila. Aku perlukan pendapat. Terutamanya dari ustaz ustaz.

Aku tak faham. Selama aku dibesarkan. Aku selalu baca artikel tentang Mak Mertua tak ngam dengan menantu perempuan.

Selama ni aku tak percaya. Bila betul betul terjadi, aku seperti tidak boleh terima. Aku anak tunggal lelaki dalam keluarga aku.

Dah dua tahun berkahwin , namun tidak dikurniakan cahaya mata lagi.

Mama dan abahku adalah anggota polis. Namun setelah kahwin, mamaku berhenti kerja dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa.

Mamaku amat menyanjung tinggi pada Pegawai Pegawai polis, lebih lebih lagi yang memiliki gelaran Dato dan Datin.

Masa mula mula berkahwin, mamaku memujuk untuk tinggal bersamanya memandangkan aku masih belum tamat Masters.

Dia kata kejap je, nanti dah stabil nak pindah. Pindah lah. Oh ya, aku kahwin semasa aku sedang menghabiskan Masters, dan tidak ada kerja tetap lagi.

Tapi jangan salah faham ya, semua duit kahwin semua aku dan isteriku kumpul sejak dari sekolah lagi. Kami bercinta dari zaman sekolah.

Kerana memikirkan aku tak habis Master lagi, aku pun memujuk isteriku untuk tinggal bersama dengan mama dan abahku sementara aku mengukuhkan kewangan.

Isteri aku tidak mempunyai kerja tetap, tapi dia sangat berbakat dalam bisnes.

Duit kahwin yang dia sumbangkan semua berpunca dari bisnes dia. Isteri aku menjual pelbagai barang dan sememangnya dah target untuk terus berbisnes.

Sebab itu aku yakin untuk berkahwin walaupun tidak mempunyai kerja tetap lagi.

Duit selepas kahwin pun ada kami kumpul. Tidak lah banyak, tapi ku kira 10k itu cukup untuk makan pakai berdua.

Isteri aku ada degree dalam bidang Kejuruteraan. Tapi entah macam mana dia boleh terminat sangat dengan bisnes.

Jadi dia tidak langsung mencari pekerjaan, sebaliknya fokus dalam bisnes.

Pada awal perkahwinan. Semuanya okay lagi. Namun semuanya jadi serba tak kena apabila aku membuat keputusan untuk ikut isteriku dalam bidang perniagaan.

Isteriku membuatkan aku berminat dengan bisnes. Dia boleh kerja ikut masa dia. Tapi dia pernah nasihatkan aku bahawa jika berniaga, memang akan susah pada awalnya.

Namun jika konsisten dan tidak cepat tamak serta sabar , akan membuahkan hasil yang lumayan.

Mamaku ingin aku mencari kerja tetap. Jika aku tidak mahu kerja dalam bidang aku, dia mahu aku menjadi Pegawai Polis.

Katanya, jika aku jadi pegawai. Semua orang akan hormat, lagi lagi di tempat kecil seperti Ipoh ini. Disinilah ceritanya bermula.

Mama aku memang mar.ah yang amat setelah mendengar keputusan aku untuk berniaga. Hubungan kami mula renggang.

Terutamanya hubungan isteri dan Mama ku. Mama ku menyebarkan berita bahawa lepas kahwin anak lelaki tunggalnya ikut cakap isteri sahaja. Tidak mahu dengar kata katanya.

Mamaku mula mencari salah isteriku. Ada je yang tak kena. Menantu pemalas lah. Selalu mela.wan lah.

Padahal ketika isteriku di rumah, dia memang fokus dengan bisnesnya dan ada je bantu siang siang bawang ke kalau kakak masak.

Pada mulanya, isteri aku boleh tahan. Tapi lama kelamaan, mamaku makin banyak menabur fit.nah pada isteri aku.

Dia ceritakan pada kawan kawan dia , pada abah ku , pada kakak kakakku tentang keburukan isteri aku yang tidak betul.

Bila kami tiada di rumah, sehingga tahap mamaku masuk kebilik ku dan tan.gkap gambar bilik dan sebarkan pada kawan kawannya.

Dia lihat bakul baju kotor penuh. Sebar bahawa menantunya pemalas tidak basuh baju.

Aku mengaku. Isteri aku tidak sempurna. Dia tidak dibesarkan oleh wanita bergelar mak.

Maka dia memang lompong dari segi pengurusan rumah. Isteriku tidak pandai masak sangat. Isteriku bukan jenis basuh baju hari hari, dia akan tunggu dah penuh bakul baru akan basuh.

Aku tidak ada masalah dengan itu. Langsung tidak pula aku complain. Tetapi mamaku asyik mencari kesalahan.

Isteri ku memang tidak berbakat dalam ” dunia surirumah tangga “.

Tapi dia sangat rajin dalam berkerja walaupun hanya berkerja sendiri. Kadang kadang isteriku perlu tidur 3/4 pagi demi siapkan tempahan.

Maka kadang kadang dia tak mampu utk bangun awal pagi. Tapi aku faham. Tidak langsung aku mar.ah kerana faham.

Isteriku juga tidak mahir memasak kerana dia hidup bersama babahnya. Sepanjang dia hidup, keluarga isteri ku memang makan diluar sahaja,

Bila masuk sekolah menengah sampai lah ijazah, isteriku duduk di asrama. Maka isteriku tidak didedahkan dengan dunia dapur.

Namun aku juga tidak ada masalah kerana aku bukan cerewet tentang makan.

Tapi di depan isteriku, Mama ku tidak pernah complain kepadanya.

Tapi dia akan mengumpat isteriku kepada kawan kawan jirannya. Banyak cerita cerita fitn.ah mamaku tabur pada isteriku.

Macam macam cerita dia buat supaya isteri aku nampak seperti pemalas dan teruk.

Hampir 1 taman perumahan ingatkan isteri aku sangat teruk walhal sama saja dengan semua wanita. Isteri aku juga seorang manusia, ada masa malas.

Ada masa rajin. Mamaku juga bukan lah rajin mana. Rajin mengumpat adalah. Memasak pun jarang.

Selepas masak memang sinki ditinggalkan begitu. Basuh baju pun jarang sekali mamaku buat.

Biasanya aku dan kakak kakakku akan buat. Tapi tidak pula kami complain. Abah pun tidak complain.

Kemuncaknya adalah bila aku membuat keputusan untuk berpindah rumah. Menyewa di luar.

Aku kasihankan isteriku. Serba tak kena di rumah mertua sendiri. Tak boleh jadi sendiri, bak kata omputeh – fake .

Asyik menghadap fit.nah mamaku. Betapa kuatnya emosi dia yang bergelar isteri.

Kini bisnesku semakin stabil. Bisnes yang ku usahakan dengan isteriku. Cuma mamaku masih kekal dengan perangainya.

Tak pernah rasa diri sendiri salah. Semua benda di sekeliling dia akan kutuk. Sekarang mamaku masih aktif mengumpat tentang isteri ku pada jiran jiran.

Aku dianggap sebagai anak derhaka, kononnya kerana aku asyik dengar kata kata isteriku walhal semuanya adalah dari keputusan aku sendiri. Isteri aku ?

Isteri aku digelar sebagai menantu derhaka. Walhal yang banyak kena fit.nah, adalah isteriku.

Isteri aku kini sudah pandai memasak. Sejak ada dapur sendiri, isteri aku rajin eksperimen masak.

Walaupun dulu banyak tak jadi, tapi sungguh aku tak kisah kerana aku tidak cerewet.

Sampai sekarang hubungan kami masih renggang. Mamaku tidak pernah angkat call aku. Membalas mesejku.

Tapi aku masih mengirim duit buatnya walau dia hebahkan dia tidak perlukan duit aku ( walaupun sebenarnya dia guna juga )

Jadi aku nak bertanya pada pembaca sekalian. Derhaka kah aku dan isteri aku ?

Apa yang harus aku lakukan. Apakah hukum nya ? Mohon pencerahan. Aku buntu !!!!

– Amat – Anak Tunggal Lelaki

Ida Ghazali

Jgn hindari ibu walaupun seja.hat mana pun dia berbuat baik seperti biasa malah lbh lg baiki hubungan dgn Allah dan bykkan berdoa

In sha allah Allah maha mendengar pd si isteri bykkan sabar keluhan siisteri pujuk la dgn hikmah.

Jgn menambah sakit dihati sy juga mengalami nasib yg sama tp sy tak nak suami jd der.haka

Cuma byk kan sabar dan sekarang menantu tinggal dgn sy sebaik mungkin sy layan kerana tak mahu mengulangi episod duka sy , sy nak anak menantu sy bahagia dunia akhirat

Adam Rao

aku res.pek tidak terhingga aku pada ang kerana ang x kulum bulu ketiak mak ang.. kita laki nie neraca logo barisan nasional..

buat x reti ja.. kalo ang dok simpan dalam dia makan jantung lalu mati.. teruskan dengan apa minat dan cinta tu pada bini ang..

surga bawah tapak kaki ibu tu x boleh dguna pakai pada mak yang mulut cam cel.aka..

teruskan hidup dengan buat apa yg ang minat dengan bini ang.. pak ang idup lagi..

bukan tugas ang nak jaga mak ang.. suruh pak ang jaga la bini dia yang mulut celaka tu..

Kredit: ceritaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published.