Luna Maya

“Maaf pandu perlahan…”- Isteri lepas bersalin Czer, tindakan suami tampal notis maaf dipuji netizen

Pengorbanan setiap isteri ketika melahirkan cahaya mata sememangnya satu perjuangan antara hidup dan mati. Tidak kiralah sama ada mereka terpaksa melalui proses kelahiran secara semula ataupun pembedahan caesarean (czer).

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Walaupun melahirkan anak secara czer ini dikatakan jalan singkat kerana tidak mahu merasai kesakitan bersalin, namun mereka tetap akan merasakan sakitnya lebih-lebih lagi pada beberapa hari pertama selepas pembedahan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan suami tersebut kerana memahami kesakitan yang ditanggung oleh seorang isteri bersalin secara czer. Mereka mengatakan sakit ‘beranak’ secara czer ini tidak mudah seperti kelahiran normal.

Melihat video itu meraih perhatian ramai, pemilik kenderaan itu tampil memberikan respon. Dia mengucapkan terima kasih kepada @dailylife4 kerana sudi berkongsi di media sosial sehingga ramai orang mendoakan mereka.

Disamping itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Fared Zuladha turut berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memahami situasi isterinya.

Semoga selepas ini lebih ramai para suami lebih memahami kesakitan yang dialami oleh isteri mereka terutamanya baru lepas bersalin secara czer.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @dailylife4@faredzuladha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *