Luna Maya

“Saya trpaksa tinggalkan anak2 utk cari abang” – Luahan lstri mangsa kemaIangan maut mengundang sebak

PETALING JAYA – Seorang jurujual, Arif Zulfaqar maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan dari arah Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.43 pagi ketika kereta Proton Saga 1.3 yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

“Kereta mangsa terbalik mengakibatkan dia cedera parah,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Menurutnya, mangsa berusia berumur 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian tampil membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Isteri kepada arwah, Puan Nur Asyiqin menceritakan detik-detik pemergian suaminya yang tercinta.

“Tu suami saya tuan!”
“Oh okay2, puan turun sekarang. Biar saya alih kereta puan.”

“Puan call dia banyak kali kan tadi? Saya pegang phone dia ni daripada tadi. Tapi tak boleh nak angkat, phone dah rosak, tak boleh touch dah. Kami tak dapat nak call waris sebab kami tak jumpa beg dia.”
Allahuakbar

Saya dah nampak plastik hitam dekat tepi kereta tu. Abang tahu tak macam mana perasaan saya masa tu? Saya taknak tanya polis tu mana suami saya, suami saya macam mana. Saya takut! Saya takut abang!! saya terduduk menangis meraung dekat tepi highway tu abang, saya terus call abah, ayah, abg keloy. Saya minta tolong ibu. saya minta tolong kak ezi  tolong!! Sayang nak abang!

Saya tak mampu abang
Macam mana saya nak hidup tanpa abang saya jadi serba serbi tak mampu nak buat. Abang lah yang selalu tolong kemas katil, abang lah yang selalu tolong tukarkan cadar, abang lah yang selalu tolong basuhkan baju, abang lah yang selalu sidai lipat baju, abang lah yang main dengan anak2 bila saya tengah masak. Hmm macam mana abang kenapa? Kenapa abang?

Macam2 kita dah plan abang. Rumah yang kita nak pindah, dah nak siap dah abang.
Abang lah yang paling excited nak beli barang2 rumah. Abang cakap biar abang yang deko rumah tu nanti. Abang plan nak bercuti dekat Tawau, sebab Abg Aiman dah pindah Tawau. Allah sebaik baik perancang.

Ya Allah, kau ampunkanlah dia. Kau lapangkan lah kubur dia. Kau masukkan lah dia di SyurgaMu Ya Allah.

Ya Allah, kau berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku hadapi ujian ini Ya Allah. Berat sangat ujian yang kau bagi pada aku. Kau berilah aku redha atas pemergian dia Ya Allah. Kau berilah aku kekuatan untuk mendidik dan menjaga anak2 kami.

Sayang rindu sangat sangat dekat abang.
Tapi rindu ni lain abang. sentiasa rindu dan selamanya rindu.

Sayang cinta Abang
Aiman & Kayyisa sayang Abang

Al-Fatihah
Arif Zulfaqar Bin Mohd Najib

Untuk tontonan video penuh SILA KLIK SINI

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Sesungguhnya kehilangan orang yang paling kita cintai amatlah menyedihkan. Semoga Puan Nur Asyiqin terus tabah. Salam takziah diucapkan. Alfatihah..

Sumber Sinar Harian & Nur Asyiqin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *