Luna Maya

“Lepas ni dah takde senyum gelak tawa b” – Teduh bawah ‘flyover’ sebab hujan, lsteri pilu suami maut dirempuh Iori

GURUN: Dua maut manakala beberapa penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat parah selepas dirempuh lori di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat sini, hari ini.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Difahamkan, ketika nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, semua mangsa sedang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat berkenaan.

Bagaimanapun, mereka dirempuh lori yang dikatakan mengalami kerosakan sehingga pemandu lelakinya hilang kawalan.

Setakat ini, pihak polis dilaporkan baru selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan dua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.

Penantian seorang isteri yang menunggu kepulangan suami berakhir duka apabila insan tersayang maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan, Gurun petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa Mohd Amirul Ismail yang menunggang motosikal sedang berteduh di bawah jejambat akibat hujan lebat sebelum dirempuh sebuah lori sehingga tercampak ke dalam longkang berhampiran.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi satu luahan di laman Facebook, isteri mangsa dikenali sebagai Fara Haziela terkejut dengan pemergian suaminya yang berusia 28 tahun itu dan memohon orang ramai untuk sedekahkan al-Fatihah.

“Semoga tenang di sana ya suamiku. Ya Allah b, sayang tak kuat b. Mohon sedekahkan al-Fatihah dekat suami saya. Semoga awak tenang di sana,” tulisnya.

“ALLAH LEBIH SAYANGKAN AWAK”

Selain Mohd Amirul, seorang lagi penunggang Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim turut meninggal dunia manakala beberapa penunggang lain selamat dari kejadian berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro (Izad Thaqif Hassan) , Facebook Fara Haziela & Anwar Syafiq

Leave a Reply

Your email address will not be published.