Kuala Lumpur: “Saya sayang awak, papa. Saya sentiasa berbangga dengan kamu walaupun (kamu) terbaring dipenjarakan sebagai tahanan,” luah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Nurul Izzah berkongsi luahannya menerusi kapsyen pada gambar dimuat naikdi Instagram (IG), hari ini.
“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
“Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah, usaha menyatu padukan teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang
membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” tulisnya
Dalam hantaran sama, Nurul Izzah yang juga penyandang Parlimen Permatang Pauh itu berkata legasi ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat
mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, Insya-Allah,” tulisnya.
Hantaran dimuat naik Nurul Izzah itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dengan rata-rata turut mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terbaharu, segala teka-teki yang membelenggui rakyat Malaysia terjawab juga apabila Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.
Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan Istana Negara selepas Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan dalam Perkara 40 (2)(A) dan Perkara 43 (2)(A) Perlembagaan Persekutuan .
Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan da Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang ini.
Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan hari ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan.
Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.