Luna Maya

Kantoi Naik Feri & ‘Check ln’, PoIis Tak Sangka lsteri Cvrang Dgn Kawan Baik Sendiri Akhirnya Ini Yg Berlaku

Selain berlakunya perselisihan faham, orang ketiga atau isu curang merupakan salah satu punca yang menyebabkan perhubungan dalam sesebuah rumah tangga itu runtuh.

Itulah yang dilalui seorang anggota polis ini apabila isterinya dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya (seorang anggota polis) merangkap rakan baiknya.

Memetik laporan media Indonesia, kesabaran seorang suami yang dikenali dengan nama BP akhirnya memuncak selepas mendapat tahu bahawa isterinya kantoi berdua-duaan bersama lelaki lain di sebuah hotel di Indoneisa.

Menurut sumber, si suami mula mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit sejak 3 bulan yang lalu.

Hasil daripada siasatan awal mendapati, lelaki tersebut sudah berkahwin dan memiliki anak. Ketika menjalinkan hubungan sulit itu, dia masih berstatus suami orang.

Difahamkan, BP dan isterinya sudah lima tahun bernikah dan dikurniakan seorang cahaya mata.

BP mengakui sangat kecewa dengan tindakan s isteri namun dia menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar kekasih gelap isterinya diberi hukuman yang setimpal termasuk dipecat daripada anggota polis kerana tindakannya itu secara tidak langsung mencalarkan imej anggota polis.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Kredit : OhBulan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: Nkriku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *