Luna Maya

lstri ngadu demam aku marah sruh pergi klinik sndiri, rupanya itu kali terakhir aku jumpa lstri

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku kehilangan isteri bulan 6 hari tu disebabkan Cvd , dia berjangkit melalui kluster tempat kerja di PJ. Isteri aku nama Ziqa. Masa mula-mula kena tu dia kena tahan ke PKRC dulu sebelum dibawa ke hspital. Kemudian, masuk ICU selama 6 hari sebelum ditidurkan. Kami berdua ada anak kecik umur 3 tahun, Adam Rifqi.. Lepas tahu positif, aku dengan anak jadi kontak rapat, tapi kami negatif.

Masa hspital beritahu berita kemaatian Ziqa, aku masih boleh tenang dan pergi ke tanah perkuburan. Tengok dari jauh sahaja sebab polis dan bomba ada menjaga jarak dan sop keluarga mansa yang datang.

Hari tu sahaja, ada 4 jnazah cvd dikebumikan. Hari pertama tu aku masih boleh bertahan, aku dapat sokongan banyak pihak termasuk keluarga, kawan-kawan dan jiran2. Di FB dan wasap penuh kata2 semangat. Semua tu jadikan aku semangat sikit.

Memori2 tu amat pahit untuk aku ingat balik. Aku rasa marah kenapa memori tu menyinggah, aku tak ada pun nak ingat balik. Tapi setiap kali aku sorang, duduk sendiri, nak tidur. benda2 tu datang balik.

Paling aku tak boleh terima, aku tahu, aku terlalu rindukan Ziqa, aku terlalu rindu sebab aku dah mula rasa sunyi. Awal2 hari tu mungkin aku boleh lagi rasa tenang dan sabar sebab banyak benda aku nak kena uruskan, nak adjust rutin kerja aku sambil jaga Adam.

Sekarang, semua dah adapt, dah sesuai dengan rutin aku. Aku mula rasa rindu tu. Kuat betul penangan rindu tu. Aku macam nampak kelibat2 dia dekat rumah ni. dekat dapur, dekat bilik, dekat tepi aku . Aku rasa macam dia ada.

Aku tilik facebook aku, gambar bini aku last aku post tahun lepas bulan nov masa makan buffet dekat hotel. Tu pun ihsan kawan ofis dia yang ambik dan tag aku sebab Ziqa tak ada FB.

Dia menumpang FB aku saja selama ni. Jadi kawan2 dia pun banyak dekat Fb aku, dan kebayakan kawan2 dia pun kawan aku juga sebab kami satu sekolah, sama2 mrsm masa f4 dan f5 dulu.

Dalam tak sedar aku menangis, sebab aku selama ni maati maatian fikir dia akan ada dengan aku sampai tua.

Banyak masa lagi kalau aku nak buat memori dengan dia. Tapi masa dia ada, aku buang semua kesempatan tu, gambar dia yang ada pun masih belum cukup untuk aku lepaskan rindu aku dekat dia.

Aku tak tahu kenapa, sejak perasaan rindu tu datang, pikiran aku banyak kembalikan momen2 aku layan dia masa hidup. Apa dia cakap aku buat tak dengar,

Ziqa selalu nasihat aku suruh jaga solat sebab Adam dah makin besar dia nampak, dia perhati. Aku marah cakap jangan ajar aku, aku tahu apa aku nak buat.

Seingat aku juga, aku tak pernah duduk dengar dia meluah stress pasal kerja, aku tak tahu sangat pun nama2 kawan2 kerja dia sebab aku tak pernah bother pun nak tanya. Kalau dia bercerita aku layan acuh tak acuh saja sebab malas nak ambil tahu bukan aku kenal pun.

Aku boleh kira dengan jari, berapa kali saja aku pernah ambil dan hantar dia pergi kerja. Masa mula2 kahwin semangat aku hantar ambil dia pergi kerja.

Lepas 2 bulan kahwin, pagi2 lagi aku dah kelam kabut sekolah, isteri ada duit minyak ke tak nak pergi kerja pun aku tak tanya.

Dia balik kerja pkul 5 lebih, kadang2 pkul 7 baru sampai rumah, federal highway dekat PJ tu jem gila petang2. Aku pkul 2-3pm dah ada dekat rumah.

Balik rumah, buka saji lauk dah ada, tinggal masuk microwave sahaja panaskan. Tapi, sekali pun aku tak pernah ingat aku ucap terima kasih dekat dia.

Setiap kali ulang tahun perkahiwnan dia la selalu ambil effort buat macam2, call orang order kek, pergi bercuti, aku beli hadiah satu saja. Itu pun sebab rasa bersalah juga kalau aku sorang saja terima hadiah, dia tak dapat.

Aku tak pernah ucap terima kasih atas semua usaha2 dia nak bahagia kan aku.

Aku tak ingat bila last aku teman dia pergi beli barang dapur. Bila last aku ikut dia sorong troli dekat giant area rumah kami. Yang aku tahu semua ada dekat rumah. Aku betuol2 rasa diri aku dalam hina, aku memang bukan suami yang baik.

Semalam, aku duduk atas sejadah menangis. Masa tu, hati aku rasa aku pun tak layak nak duduk dekat sejadah tu. Selama ni aku main2 dalam ibadah aku. Solat bila aku rasa perlu, rasa tak sedap hati.

Aku layan isteri acuh tak acuh. Aku tak pernah layan lebih dekat isteri aku. Aku sekadar jadi suami atas syarat sahaja, bagi nafkah zahir dan batin.

Aku masih ingat lagi, aku pernah marah dia di tempat tidur kami. Dia suka melayan Running Man, dari zaman belajar lagi dia gila tengok series tu.

Dah kahwin dah kerja pun, dia akan buka dekat telefon dia tengok sambil nak tidur, Lepastu mengekek ketawa, aku pagi2 nak bangun kerja, dia tak pe la pkul 9 pagi baru masuk ofis. Aku marah dia cakap bising. Menangis dia malam tu, tapi aku buat tak dengar.

Semalam, memori tu datang balik. Hati aku jadi sayu, sekarang aku betul2 tidur kesunyian. Tiada lagi gelak tawa dia kecil dia teman aku tidur. Tak ada lagi yang kejut aku bangun pagi nak pergi kerja. Dia lebih awal bangun pagi dari aku sedangkan pergi kerja lewat dari aku.

Tapi, tak pernah sekali masa tu aku hargai dia. Aku marah2 lagi ada. Stoking tak jumpa aku marah dia, itu tak jumpa aku marah bebel dia. Sedangkan semua tu barang aku. Stoking aku yang buka. Aku yang tak ingat letak. Tapi dia juga yang kena.

Selalu dia balas dekat aku, macam mana lah abang nak hidup kalau saya tak ada. Masa tu aku selalu balas balik dekat dia, itu lah kau, setiap kali marah nak balik rumah mak bapak kau. Tapi sekarang, dia betul2 dah pergi.

Pagi2 aku jadi sunyi. Bangun pagi, aku sibuk urus anak. Urus diri sendiri nak masuk pdpr. Aku jadi buntu.

Kepala aku rasa kosong. Tak ada orang yang aku nak bercakap, nak bersembang. Aku rasa sepi, dunia aku rasa gelap sungguh.

Paling aku rasa terkesan, masa dia mula2 nak dapat cvd tu. Dia mengadu dekat aku dalam bilik tidur kami, dia rasa nak muntah nak demam.

Aku balas acuh tak acuh, kalau rasa nak demam pergi klinik la. Duduk sekejap tu, dia keluar minta aku tengokkan Adam. Rupanya itu lah kali terakhir aku tengok dia dengan biji mata aku.

Dia pergi buat swab test dan positif. Terus dihantar ke pkrc. Selama dia duduk PKRC, dia call aku, tanya kabar aku, makan minum aku. Aku jawab sekejap dan aku pas bagi dekat Adam. Sebab aku yakin, dia akan sihat.

Kawan2 ofis dia yang berjangkit, semua sihat dan boleh balik rumah. Jadi aku fikir, dia akan balik. Tapi, bila dia kena masuk hspital, aku mula rasa tak sedap.

Aku selalu video call dia tapi tak pernah dapat angkat sebab dia tak kuat. Nurse2 dekat waad sangat baik, selalu jawab call dan tunjukkan aku keadaan Ziqa.

Masa tu aku dah rasa hati aku 50-50, aku kena kuat atau aku kena redha dia pergi. Tak sangka, Allah betul2 ambil dia sebelum sempat aku minta maaf dan hargai dia dalam hidup aku.

Dia tak layak dapat layanan seteruk tu dari aku. Sepanjang aku kenal dengan dia lebih 10 tahun, usia perkahwinan kami baru nak masuk 4 tahun, aku masih belum mampu balas segala jasa dan pengorbanan dia selama ni.

Aku fikir, hidup ni cukup panjang untuk aku habiskan masa dengan dia, tapi sepanjang masa yang aku ada pun, aku sebenarnya abaikan dia.

Aku tak tahu la apa yang dia rasa selama ni. Sebab aku tak pernah bagi ruang untuk kami sama2 meluah dan berbincang, Sebab aku rasa semua okay.

Dia pun tak ada sebut apa2, aku fikir semuanya tak ada apa. Bila aku sedar semua ni, aku rasa serba salah, aku rasa sangat berdosa. Apa salah dia selama ni sampai mcam tu sekali aku biarkan dia.

Aku tak ada tempat nak meluah benda ni. Aku pernah sebut benda ni dekat kawan sekolah kami, tapi aku dihina balik. Aku tak perlu semua tu, aku tahu dan aku dah sedar diri, aku teruk, aku memang tak guna, aku memang jahat. Semuanya padan muka aku.

Aku tahu. Kini, aku cuma nak orang dengar dan faham keadaan aku, macam mana aku nak move on dari keadaan ni. Aku tak nak terus menyepi, menyendiri, aku tak nak Adam membesar dengan bapak yang depressed atau murung macam aku alami sekarang.

Aku tak sanggup nak meluah dekat mak ayah aku, aku tak nak mereka tahu cara layanan aku selama ni dekat menantu mereka. Aku tak sampai hati mereka kecewa dengan aku sedangkan mereka tak asuh aku macam ni.

Sampai satu tahap, semalam aku rasa nak pergi ke pusara Ziqa dan melutut di sana. Aku tak sanggup tanggung derita ni. Aku rindu kan dia.

Aku tak tahan nak tanggung rasa bersalah dan hinanya diri aku. Aku tak sempat nak minta maaf dengan dia. Aku rasa tertekan.

Kadang2 masa kerja, aku hadap kelas dalam skrin komputer, aku rasa nak menangis. Ingatan tu datang tiba2. Aku tak nak benda ni ganggu dan belenggu hidup aku.

Aku redha dengan pemergian dia, aku bagi redha aku sebagai suami, dia memang isteri dan ibu yang sangat baik. Tapi aku tak tahu macam mana nak maju ke depan dengan situasi macam ni.

Hari2 aku menangis sendiri, tahu2 saja tiba2 dah menangis kenangkan dia. Kenangkan apa yang aku dah buat dekat dia.

Bila aku sedar hidup dia dulu tak dapat penghargaan yang baik dari aku buatkan aku jadi lebih terluuka. Aku rasa sedih teramat sedih.

Bila aku dapat noti dekat fb, kawan2 dia, kawan2 sekolah kami tag aku, post lagu2 kegemaran dia, aku menangis. Selama dia hidup tak pernah nak mainkan lagu2 tu masa duduk dengan dia, lagikan nak nyanyi untuk dia. Aku rasa ralat, penuh penyesalan.

Aku tengok muka Adam, aku rasa sebak. apa aku nak cerita dekat Adam nanti bila dia makin besar. Kenangan2 indah aku dengan mama dia, sedangkan aku tak pernah peduli pun nak buat kenangan2 indah dengan isteri sendiri.

Aku tak nak sangka buruk dengan tuhan, tapi aku tahu ini satu balasan untu aku. Aku tak boleh lepas dari balasan. Aku tak nak ingat benda2 ni, tapi datang sendiri dan buatkan aku rasa menyesal. Aku tak boleh ingat muka isteri sendiri bila aku pejamkan mata.

Aku tak dapat nak ciium isteri aku sendiri buat kali terakhir. Aku tak sempat nak ucap terima kasih atas pengornbanan dia lahirkan anak aku. Semuanya aku tak sempat buat sedangkan selama ni aku ada banyak peluang dan masa untuk lakukan semua tu.

Aku tak tahu sampai bila aku akan jadi macam ni, tapi aku tak mahu terusan salah, marah dan sangka buruk dengan Tuhan. Aku terima ni semua, aku betul2 menyesali semua ni, aku harap Ziqa di sana tenang dan bahagia.

Aku akan tunggu giliran aku, dan bila masa tu datang, aku akan minta ampun atas semua yang aku buat. Aku harap dia dekat sana pun tunggu aku, walaupun aku sedar, tempat aku dekat sana tak sama dengan tempat dia.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : mekbebel.com

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *