Luna Maya

Menantu perempuan gadvh dgan mak mtua, suami tak tahan lalu ceraikan lstrinya

Gambar sebagai hiasan. Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya.

Iyelah, nak ceraikan mak mmg tak boleh la kan. Tak psl2 dpt status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka mmg tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh?

Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul.

Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yg lain, yg mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yg ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dgn mak saya dan awak setuju.

Skrg kenapa tak boleh pulak?” haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dgn maknya?

Bila isteri berselisih faham dgn mak, suami keluar rumah. Lepak dgn kawan. Malas masuk campur dgn harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam. Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dgn hati yg halus. Agar hatinya penuh kasih sayang.

Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yg mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yg lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kpd para lelaki, sila baca sejarah.

Antara Komen netizen:

Anak2 ummi nanti korang dah kawen sila pack your bag and live your life to the fullest. Ami ngan abah nak travel around the world sampai moon and back..

Kadang2 mentua nie pun over juga.. Semuanya ank dia je btl.. Tp mentua tak tau yg ank dia lg jahat Dr menantu..

Dari duduk dgn mak mentua, lebih baik duduk dengan mak sendiri. Susah nak jumpa ..mak mentua layan menantu perempuan seperti anak sendiri
Sekian….

Sumber: Farizal Radzali via Pakar Diari HAti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *