Luna Maya

“Tak Reti Jaga Aib Suami Ke” – Tersilap Takbir Raya Di Telinga Anak, lsteri Denda Minta Hafal Dulu Azan

Bagi ibu bapa yang pertama kali menyambut kelahiran cahaya mata sudah pasti akan cukup teruja.

RAKAMAN VIDEO ISTERI DENDA SUAMI DI BAWAH SEKALI

Boleh dikatakan hampir segala persiapan dilakukakan dengan cukup teliti termasuklah pemilihan pusat perubatan, barang kelengkapan bayi dan juga ibu dalam berpantang.

Setelah mendapatkan rawatan secukupnya di pusat perubatan, akhirnya si ibu dan anak dapat pulang semula ke rumah.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut sempat berseloroh mengajak suaminya ke sebuah masjid berhampiran untuk menghafal dulu suara azan dengan betul sebelum dibenarkan balik. Dalam pada itu, lelaki berkenaan jelas kelihatan terpinga-pinga sambil memangku anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ‘denda’ yang telah dikenakan oleh isteri.

Selain itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman hampir sama apabila suami tersilap sewaktu melaungkan takbir berbanding azan.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh isteri tersebut terhadap suaminya, menganggap itu adalah aib suami dah sebagai isteri haruslah saling menjaga aib pasangan masing-masing.

Tonton Video:

 

Sumber Tiktok Vickyjackson200

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *