Luna Maya

Tular rakaman suami dkwa lstri curang, kantoi bawa IeIaki lain masuk rumah ketika suami cari rezeki

Mungkin tidak mampu pendam emosi seorang diri, pendedahan mengenai kecurangan pasangan tidak pernah ‘sunyi’ daripada media sosial. Lebih menyakitkan hati apabila orang tersayang bertindak curang di depan mata!

RAKAMAN VIDEO PENUH KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.

Seorang pengguna TikTok, @deejayfaz_official3 memuat naik video tersebut memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah yang berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.

“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ni Ya Allah Ya Tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3-4 pagi baru saya tidur. Allahuakbar,” luahnya kepada seorang lagi individu dipercayai jiran terdekat.

Menerusi laman Facebook pula, akaun Puteri 3036 berkongsi video penuh dan salinan laporan polis dipercayai berhubung kejadian terbabit sehingga mendapat perkongsian sebanyak 737 kali.

Tular rakaman suami dkwa lstri curang, kantoi bawa IeIaki lain masuk rumah ketika suami cari rezeki

Dalam video tersebut nampak seakan ada pergelutan sebelum dibawa masuk ke dalam kereta polis.

Laporan polis yang dibuat oleh suami:

Tular rakaman suami dkwa lstri curang, kantoi bawa IeIaki lain masuk rumah ketika suami cari rezeki

Berdasarkan salinan laporan polis yang tular, lelaki tersebut bertindak ‘menyerang’ skandal isterinya kerana geram dengan kecurangan yang berlaku selama ini sebelum ‘orang ketiga’ itu dibawa ke balai polis.

 

Kejadian berkenaan menjadi kecoh di serata media sosial dimana rata-rata mengecam perbuatan si isteri yang sanggup mengkhianati kesetiaan serta melukakan hati suami tanpa belas kasihan.

Tonton video di bawah. Dalam video ni pihak yang memuat naik video telah mengkaburkan wajah wanita tersebut.

 

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: OhMymedia, TikTok @deejayfaz_official3 , Facebook Puteri 3036

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *