Luna Maya

IqbaI ZulkefIi dah jumpa pengganti? – “Dia jaga solat, tak pandang harta..”

Usahawan kontroversi dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli mengakui kini dalam proses mengenali seorang penyanyi yang sedang meningkat naik di Indonesia bernama Indah Nevertari.

RAKAMAN VIDEO SWEET IQBAL DAN INDAH ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan mStar Online, usahawan berusia 27 tahun itu berkata, dia selesa berkawan dengan juara program realiti Rising Star Indonesia musim pertama itu dan mula rapat sejak dua minggu lalu.

Selain itu, Iqbal yang juga bekas pemandu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida juga mengakui sikap Indah membuatkan dirinya terbuka hati untuk mengenali dengan lebih lanjut.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.

“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” kongsinya.

Tonton Video Penuh : KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *