Luna Maya

Zul Ariffin macho sangat, Iqbal jadi gugup nak habiskan skrip… Baru sedar ada bakat berlakon

Selepas bergelar penyanyi, semakin mencurah-curah rezeki usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli apabila bakal bergelar pelakon pula.

RAKAMAN VIDEO PENDEDAHAN IQBAL DI BAWAH SEKALI

Tidak peduli tentang padangan netizen terhadap dirinya, Iqbal berkata peluang berlakon mungkin cuma datang sekali sahaja.

“Saya perlu betulkan mindset orang kita juga. Apabila dapat sesuatu peluang, jangan lepaskan sebab peluang tu tak selalu datang. Walaupun kita tahu bukan yang terbaik,” katanya.

Menurut Iqbal, dia dihubungi oleh pelakon dan pengarah Erma Fatima untuk berlakon bersama pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan Mimi Lana.

“Saya memegang watak yang besar juga. Dah dapat tawaran cuba je la. Tak boleh la hero, saya tak layak jadi hero saya rasa,” katanya.

Mengulas mengenai kata-kata netizen bahawa dia menyanyi dan berlakon kerana hanya dirinya berduit, Iqbal berkata tidak semuanya kita boleh dapatkan dengan duit.

“Tidak semua perkara kita boleh beli dengan duit. Ingat tu. Walaupun kita ada duit tapi tak ada attitude yang baik, orang takkan berurusan dengan kita.

“Yang content tu tak apa nak kecam, sila kecam. Tapi ini kita bekerjasama dengan orang. Saya bukan seorang yang kalau nak, aku bayar kau, aku bayar kau, saya takkan ada prinsip macam tu. Kak Erma yang hubungi saya dulu,” katanya.

SEMINGGU berada di set penggambaran, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli memberitahu semakin selesa dengan bidang yang baharu diceburinya itu.

Iqbal, 28, berkata, dia seronok beraksi di hadapan kamera dan baharu tersedar mempunyai bakat terpendam dalam bidang tersebut.

“Selepas beberapa hari di set penggambaran, saya sedar sebenarnya punya bakat untuk berlakon.

“Hari pertama shooting saya hampir putus asa kerana merasakan proses penggambaran jadi lambat disebabkan saya masih baru belajar.

“Selepas beberapa hari, sudah mula rasa seronok dan saya sedar rupa-rupanya saya boleh berlakon,” katanya kepada mStar.

Iqbal bakal muncul dalam drama 30 episod berjudul Perempuan Itu yang turut menampilkan pelakon Zul Ariffin dan Mimi Lana.

Berkongsi pengalaman tentang dunia lakonan, kata Iqbal ia membuatkan dirinya lebih terbuka dan senang bergaul dengan ramai orang.

Hari pertama shooting saya hampir putus asa kerana merasakan proses penggambaran jadi lambat disebabkan saya masih baru belajar.

“Ketika awal digandingkan dengan Zul, saya memang gementar. Dia macho sangat dan membuatkan saya tidak yakin untuk habiskan skrip.

“Berlakon tidak sama seperti dunia perniagaan. Saya jadi lebih terbuka dan dapat kenal ramai orang.

“Pelakon dan kru produksi lain juga mudah memberi bantuan dan tunjuk ajar.

“Saya mahu teruskan penglibatan dalam dunia lakonan untuk cabar diri sendiri. Kalau boleh mahu cuba pelbagai watak dan kalau boleh watak yang serius,” katanya.

Dalam masa sama, Iqbal juga bagaikan tidak percaya dirinya kini memegang status sebagai artis apabila semakin dikenali.

“Artis ke saya ni? Saya sendiri tak tahu kalau betul sudah memegang status sebagai artis.

“Bagaimanapun saya lebih selesa dianggap seperti kebanyakan orang lain. Saya manusia biasa sahaja,” katanya.

Tonton Video:

 

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *