Luna Maya

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Seorang wanita di China terpaksa meminta bantuan di balai polis untuk membuka lock basikal yang terkunci pada bahagian lehernya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut Oddity Central, lock tersebut terkunci selepas anaknya yang berusia 4 tahun itu terlupa kod untuk membukanya.

Pada 7 Oktober lalu, wanita tersebut telah hadir ke balai polis di Huai’an, China sambil terdapat sebuah lock berwarna kuning dan kelabu pada bahagian lehernya.

Pihak polis memeriksa terlebih dahulu sebelum menyatakan bahawa mereka juga turut tidak dapat berbuat- apa-apa bagi membantu wanita berkenaan selain menghubungi pihak bomba.

Pihak bomba yang datang membantu meletakkan tuala kecil diantara leher wanita tersebut dengan lock berkenaan dan cuba memotongnya menggunakan pemotong wayar.

Setelah lock itu berjaya ditanggalkan, salah seorang anggota bomba tersebut telah memberitahu kepadanya bahawa “Awak perlu bawa anak awak ke sini, kami boleh bantu berikan pengajaran kepadanya,”.

Wanita tersebut menjawab bahawa dia telah pun memukul anaknya itu atas kelakuan nakal tersebut.

Kisah wanita berkenaan serta video lock tersebut berjaya dikeluarkan dari lehernya telah menjadi tular di media sosial China. Ramai warganet yang memberikan komen bahawa perlu ada batas yang perlu ditetapkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan daripada situasi sebegini terjadi.

“Contoh kegagalan mengajar anak-anak mengenai batas, saya sama sekali tidak ketawa selepas menonton video ini,” komen seorang warganet.

“Walaupun ianya berlaku diantara ibu dan anak, batasan harus ditetapkan untuk semua tindakan dan kata-kata supaya kanak-kanak tidak dapat melanggar batas ini,” tulis seorang lagi.

ANTARA KOMEN KOMEN NETIZEN:

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

Wanita Datang Balai PoIis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

Sumber oddity

Leave a Reply

Your email address will not be published.