Sejak semalam, kita disogokan dengan isu ‘berat’ antara influencer terkenal Caprice dan pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaan di Gaza.
VIDEO DI BAWAH SEKALI
Ia menjadi sorotan orang ramai kerana Caprice telah membuat live di Instagram dengan beberapa individu termasuklah selebriti Sharnaaz Ahmad walaupun influencer itu telah ‘dibancuh’ oleh pelakon tersebut.
Lupakan seketika isu-isu berat yang kita sendiri tidak ketahui. Selepas memasuki live IG Caprice, pasti ramai warganet yang kembali menyaksikan perbualan antara Sharnaaz dan beberapa selebriti Tanah Air seperti Shukri Yahaya, Hairul Azreen dan Ziza Razak.
Potongan live IG mereka berempat juga telah dimuat naik kembali oleh warganet di Twitter kerana begitu terhibur dengan perbualan kosong mereka yang ‘entah apa-apa’.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh beberapa pemilik Twitter termasuklah akaun @haibabyyyyyy, ada sahaja gurauan mereka berempat yang menjadi penghibur warganet sehingga live IG mereka ditonton lebih dari 100 ribu warganet.
sharnaaz,shukri,hairul and zizan are the best combo
— hanis ? (@HanisAdeeba2) July 16, 2021
Paling menghiburkan sudah tentu ‘pesanan-pesanan’ buah tangan yang mereka inginkan andai Caprice pulang dari Mesir nanti.
Rata-rata warganet yang menonton live IG berdurasi lebih dari sejam itu pecah perut mendengar celoteh ‘merepek’ mereka berempat.
Ramai yang meninggalkan komen dengan mengakui terhibur dengan live IG mereka seusai memikirkan pertelagahan yang antara pihak Caprice dan Ustaz Ebit Lew.
Antara komen netizen
Laki bini sakan gelak tengok
imagine depa semua berlakon sama dalam satu filem
Pecah kepala tengok depa
Tonton Video Di Bawah:
Yes 2 laki org 2 lagi membujang pic.twitter.com/Cx2ylm9F4Z
— Zaf• (@zaffyyaahh) July 16, 2021
Sumber: Ohmymedia,Twitter @HanisAdeeba2, Twitter
Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.
Pihak Bulletin Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah