Luna Maya

Sayu.. lima sekeluarga maut dalam kemaIangan Iibatkan tiga kenderaan. Salam takziah diucapkan buat keluarga

MARAN – Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 13 Jalan Kuantan-Temerloh.

Difahamkan, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 petang itu adalah dua warga emas, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak.

GAMBAR GAMBAR KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu dan setiba di lokasi kejadian didapati kereta Perodua Myvi, Proton Iswara dan Toyota Hilux terlibat dalam nahas tersebut.

“Kita mendapati dua mangsa tersepit dan bomba menggunakan peralatan penyelamat bagi mengeluarkan mangsa.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jengka,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber Laporan, Artikel diterbitkan pada 31 Mac 2019 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga mangsa. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat arwah yang telah pergi.

Sumber beritaviral.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *