Luna Maya

Honda City ‘Mengamuk’ Langgar Kereta, Pemandu Wanita Kena Tibai Dengan Orang Awam

Tular satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta jenis Honda City merempuh beberapa buah kenderaan lain selepas diekori si perakam. Apa kes ni?

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dimuatnaik @ptryhmzh di Twitter, perakam itu merupakan kakaknya yang juga telah dirempuh kereta berkenaan.

Kereta Honda City tersebut dipercayai telah dicuri seorang wanita di sebuah stesen minyak ketika pemiliknya pergi ke tandas bersama isteri. Kemudian, pemilik kereta berkenaan cuba mengejar keretanya dengan menggunakan motor staf di stesen minyak itu.

Bagaimanapun, sebuah persimpangan lampu isyarat yang sesak buatkan pemandu itu tidak boleh melarikan diri.

Walaupun masih berdegil, terdapat orang awam yang lontarkan batu untuk pecahkan cermin sebelum mengeluarkannya dari kereta.

Mungkin nak lari dari dikejar punya pasal, sebab tu dia pergi rempuh semua kenderaan lain. Betul menyusahkan pengguna jalanraya lain!

Mengikut sumber dari netizen, katanya wanita tersebut varu lepas dihalau pemandu bas sebab hisap gam dalam bas

Tonton Video:

 

Sumber Media sosial

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.