Alor Setar: Lelaki yang dipercayai terbabit dua kejadian khianat di sini, hari ini, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Bedong, Sungai Petani, dekat sini.
Lelaki berusia 30-an itu disyaki terbabit dalam kejadian khianat dengan menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit, di sini, pada 3 petang.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek bagaimanapun melarikan diri dan siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek menconteng di bahagian tembok dinding istana dengan tulisan ‘SAMR’.
“Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam. Susulan kejadian itu, polis memulakan operasi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata, kira-kira jam 5 petang pula, suspek terbabit dipercayai ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas hingga cedera di muka.
Selain itu, katanya, suspek turut membaling satu objek disyaki pistol mainan lalu melarikan diri dengan menggunakan motosikal warna hitam.
Beliau berkata, hasil siasatan yang dilakukan berjaya mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terbabit di dalam kedua-dua kejadian ini.
Kamarul Zaman berkata, hasil serbuan dilakukan, polis berjaya menemui motosikal yang digunakan ketika kejadian menconteng di tembok Istana Anak Bukit itu.
Katanya, usaha mengesan suspek diteruskan sebelum ditemui suspek di kawasan Gurun, Sungai Petani.
“Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian terus melarikan diri, tanpa mengendahkan amaran pihak polis supaya berhenti.
“Ketika dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh suspek dipercayai terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani menyebabkannya cedera,” katanya.
Bagaimanapun, Kamarul Zaman berkata, pegawai perubatan yang ke lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.
“Siasatan lanjut diteruskan,” katanya.
Semalam tular video kejadian tersebut
Rakaman CCTV seorang anggota polis wanita diserang oleh seorang lelaki bermotosikal yang tidak dikenali pada bahagian muka di hadapan pos kawalan IPD Kota Setar pada petang tadi.
Lelaki tersebut juga mencampakkan satu objek menyerupai pistol bersarung dipercayai pistol mainan di hadapan pos kawalan IPD sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Mangsa mengalami kecederaan pada hidung dan sakit pada bahagian muka.
Baca laporan di bawah :
Pada 15/7/2021 jam lebih kurang 5.13 petang saya telah berjalan ke pos pengawal IPD Kota Setar untuk menghantar makanan kepada anggota L/KPL 188738 dan Konst 209053.
Secara tiba-tiba saya telah diserang dan ditumbuk dengan sangat kuat oleh satu lelaki melayu yang tidak dikenali di bahagian muka dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125 LC No pendaftaran KDY4855 warna hitam lalu saya telah terjatuh.
Semasa kejadian berlaku saya berada dalam kawasan IPD Kota Setar. Lelaki tersebut juga telah membaling sepucuk plstoL mainan dalam keadaan bersarung ke dalam pos pengawal.
Lelaki tersebut telah melarikan diri.
Saya telah mengalami kecederaan luka berdarah di bahagian hidung dan kesakitan di bahagian muka. Saya datang ke balai buat laporan. Sekian laporan saya.
Pistol mainan yang dicampak oleh suspek:
Kesan darah akibat ditumbuk oleh suspek:
Menurut info dari netizen yang merupakan sepupu kepada suspek, suspek ada menerima rawatan psikiatri dan dipercayai tidak mengambil ubat ketika sebelum berlakunya kejadian tersebut.
Pihak Polis Kedah telah membuat kenyataan media berhubung perkara ini :
Difahamkan suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kemalangan ketika melarikan diri dari pihak polis.
Gambar motosikal suspek yang mengalami kemalangan :
Tonton Video di bawah
Polis pompuan kena tumbuk d ipd alor setar. Kesian kt polis perempuan tu, tak memasai hang p rimbokk dia buat apa. pic.twitter.com/WguNykNV4e
— z a h a r z i k r i (@zahrzikri) July 15, 2021
Salam takziah diucapkan kepada keluarga suspek.
Sumber Polis Kedah, Pineng Netizen, Info Bencana Pahang