Luna Maya

PeIanggan sesak nafas, pengsan dan meninggaI selepas ambil khidmat masaj thai..

Hajat mahu menikmati urutan tradisional Thailand bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelancong dilaporkan meninggal dunia selepas 10 minit diurut oleh tukang urut.

Kejadian itu berlaku di Pattaya, ketika mangsa dan rakannya berjalan-jalan di sekitar bandar itu.

Difahamkan, lelaki terbabit mengadu kakinya terasa sakit lalu bercadang untuk pergi mendapatkan perkhidmatan tukang urut di pasar terapung.

Malangnya, baru 10 minit diurut, mangsa mengalami kesesakan nafas. Kejadian itu juga mengejutkan kakitangan pusat urut itu dan mereka cuba memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) pada mangsa. Tetapi tidak berjaya.

Setengah jam kemudian paramedik tiba di lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan mangsa. Akan tetapi mangsa tidak dapat diselamatkan lagi.

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Tradisional Thailand berkata bahawa, mangsa meninggal dunia akibat diurut adalah sangat tipis iaitu kira-kira 0.01 peratus.

“Individu yang mengalami demam 38.5 darjah celcius, darah tinggi, patah tulang, diabetes tak terkawal, luka, osteoporosis dan kanser adalah tidak sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan urut.

Balu kepada mangsa juga telah diberi sumbangan RM5,057 sebagai tanda bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: The Nation, World of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *