Luna Maya

VIDEO: Lelaki Gigih Tulis Al-Quran Menggvnakan Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat BakaI J0d0h

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan. Ia boleh dibayar dalam pelbagai bentuk seperti wang, rumah mahupun barang kemas.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pemuda berasal dari Indonesia ini di mana dia membuat persediaan untuk bakal isteri dalam cara yang cukup istimewa.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Tulis tangan ayat al-Quran
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, pemuda yang dikenali sebagai Awwalludin Fajri itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu secara terperinci.

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah hasilnya yang nampak cukup cantik dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen bebola biasa. Subhanallah!

Hadiah tidak ternilai buat bakal isteri
Dalam video berlainan pula, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak.

Meskipun dia masih belum bertemu jodoh, Awwaludin sudah gigih menyiapkan al-Quran istimewa tersebut sebagai tanda cinta dan kasih terhadap suri hatinya nanti.

Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Teruskan bakat anda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin. Malah, yang memuji bakat menulis dikurniakan kepadanya dan mendoakan dirinya agar disatukan dengan jodoh yang terbaik kelak.

Lelaki Gigih Tulis Al-Quran Menggvnakan Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat BakaI J0d0h

Idaman dunia dan akhirat

Lelaki Gigih Tulis Al-Quran Menggvnakan Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat BakaI J0d0h

Satu antara seribu lelaki di dunia

Lelaki Gigih Tulis Al-Quran Menggvnakan Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat BakaI J0d0h

Lawanya tulisan

Lelaki Gigih Tulis Al-Quran Menggvnakan Tangan, Niat Jadikan Mahar Buat BakaI J0d0h

Kegigihan pemuda itu wajar dipuji kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah dengan menulis setiap ayatNya satu per satu dengan tulisan yang cantik.

Semoga dia dipertemukan dengan jodoh terbaik dan dengan berkat usahanya itu membuahkan pahala di akhirat nanti. Amin.

Sila tonton video :

 

 

Sumber: awwaludin.fajri via borak daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *