Luna Maya

Lelaki Bukan Islam Ini Selalu Dtg Ke Masjid Susun Selipar Kasut Pada Setiap Solat Jumaat, Lelaki Ini Tanya Knp Dia Buat Begitu. Jawapan Yg Diberi Mmg Sangat Ringkas Dan Mendalam

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT, apa yang akan terjadi kepada setiap umat di bumi ini kita tidak tahu.

Apakah pengakhiran seseorang, ada yang dilahirkan sebagai bukan islam tetapi bila pergi nanti akan pergi sebagai seorang muslim dan ia juga boleh berlaku sebaliknya.

Kisah yang akan diceritakan bagaimana seorang bukan islam tergerak hati untuk buat kebaikkan di rumah Allah SWT. Jom Baca ..

 

Tindakan seorang lelaki bukan muslim yang dikenali sebagai ‘Uncle Steven’ menyusun selipar dan kasut di luar masjid, tular di laman sosial Facebook (FB).

Gelagat ‘Uncle Steven’ disedari seorang jemaah masjid dikenali sebagai Irfan Mustapha yang kemudiannya bertindak mendekati lelaki tersebut.

Menurut Irfan dia terpanggil untuk mendekati ‘Uncle Steven’ kerana setiap minggu pada hari Jumaat, lelaki berbangsa Tionghua itu pasti datang ke masjid dan menyusun kasut serta selipar Jemaah masjid yang bersepah.

“Saya tanya kepada dia (‘Uncle Steven’), kenapa dia selalu ke sini menyusun selipar. Dia tidak berkasut tetapi tetap gigih datang walaupun dalam cuaca yang tidak berapa elok.

“Jawapan dia, simple…Katanya nampak kemas!,” tulis Irfan menerusi sebuah perkongsian di Fbnya baru-baru ini.

Kata Irfan, ‘Uncle Steven’ memberitahu akan cuba datang setiap minggu kerana tempat tinggalnya sangat dekat dengan masjid tersebut.

“Dia akan menyusun semua kasut dan selipar yang berterabur itu dengan kemas. Setiap kali waktu sembahyang Jumaat, dia akan datang ke sini.

“Saya terpegun melihat ‘Uncle Steven’, tambah-tambah lagi dia bukan seorang muslim. Dia buat saya tersedar yang kepercayaan dan peganngan berbeza bukanlah halangan untuk kita menghargai sesama kita.

“Walaupun apa yang dilakukan ‘Uncle Steven’ nampak ‘kecil’ tetapi ada sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran dan penghargaan,” tulisnya.

Baca juga : Baru Semalam Memeluk Islam, Hari Ini Telah Dijemput Ilahi. Pengakhiran Yg Dicemburui Ramai

Sumber/Kredit: GEMPAK DOT COM

PERHATIAN: Pihak kami  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *