Luna Maya

lbu tunggal ditangkap khaIwat bersama pasangan, alasan teman pasangan yang mahu divksin

Sik: Seorang wanita memberi alasan menemani pasangannya yang akan mendapatkan suntikan vaksin ketika mereka ditangkap berkhalwat di sebuah inap desa di sini, semalam,

Ibu tunggal berusia 33 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang berstatus duda berusia 40 ditahan dalam operasi cegah maksiat, jam 10 malam.

Penolong Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Sik, Sheikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, operasi berkenaan selepas pihaknya mendapat maklumat awam.

“Bagus betul pejabat agama islam bhgn utara ni buat keje.. selalu keluar kat berita mereka dpt buat byk tangkapan..” – Wan

“Nikah waktu skrg la x pening kepala nak cari duit banyak2 buat kenduri bagai… Sediakan mas kawen n cincin batal air smbyang,n bayar upah tok kadi tu je… Jimat banyak…” – Norasiah

Buat memalukan orang laki jer, nak g cucuk vaksin pun nak kena teman. Berani lagi Sajjad, ngko ni Lagi teruk dari dia” – Mohamaddon

Ketika kejadian, pemeriksaan mendapati pasangan itu ditahan sedang berdua-duaan di dalam bilik di inap desa berkenaan.

“Hasil soal siasat, mereka memberi alasan menginap bersama kerana wanita itu menemani si lelaki yang akan menerima vaksin.

“Pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan.

“Wanita berkenaan sudah pun mengambil dua dos vaksin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, wanita dan lelaki itu berkerja di kilang berasingan di Pulau Pinang.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki melakukan khalwat.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber HM

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *