Luna Maya

lbu bsumpah xkan jumpa madunya iaitu lbu tiriku. Aku diam2 dating dgn lbu tiriku tnpa pgetahuan lbu

Foto sekadar hiasan. Assalam dan maaf jika jalan penceritaan ada yang agak kelam kabut, agak panjang, atau agak hambar. Dan terima kasih kerana sudi baca kisahku.

Jika ada sebarang persamaan dengan sesiapa, semuanya secara kebetulan, sebab ini kisah dari diriku sendiri. Aku anak sulung, dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Adik-adikku smua masih kecil.

Aku pula, baru sahaja menamatkan ijazahku. Sudah bertahun2 aku belajar jauh di luar negeri. Selepas aku habiskan final exam dan juga final year, macam biasa aku terus pulang ke kampung halaman. Selepas aku balik, semuanya berjalan lancar, tapi tak lama.

Dia sangat tertekan. Pernah juga ibu semacam tak boleh bertenang, terus menjerit dan menangis, melutut dpan ayahku, meminta maaf dan memohon crai.

Ayahku kata “ehh ape nii .. jangan cakap benda bukan2”. Aku pula terus tahan ibuku dengan memeluknya, dan mengalir juga air mataku di pipi pada waktu itu.

Sejak kejadian itu, ibuku merasakan apa yang telah terjadi mungkin datang dari silapnya sendiri, tetapi egonya tetap menyalahkan dan membenci ayahku. Lalu ibu lakukn pelbagai cara untuk memenangi hati ayahku kembali.

Masa berlalu, akhirnya aku berpeluang untuk berjumpa dgn ibu tiriku. Semua atas ajakan ayahku. Tetapi ayahku langsung tak memaksa. Kenapa aku bersetuju? sebab benda dah berlalu. Sampai bila aku nak mrah? nak salahkan takdir? benda dah jadi pun.

Jadi berjumpa, hanya untuk itu. Ibuku pula memang bersumpah takmau berjumpa dengannye langsung. Ya ibuku masih marah. Itu hak dia. Aku pula lebih kepada ‘follow the flow’. If rasa benda baik, ikut. If tak, you know what should you do.

Semasa otw ke rumah ibu tiriku, sumpah aku berdebar. Bersediakah aku? kuatkah aku? sanggupkah aku?? tapi semua ku diamkan. Dah dalam perjalanan dah pun, hahaha.

Sampai di rumahnya, hahh itu dia, ibu tiriku. Dia pandang aku dan senyum padaku, lalu terus datang kepadaku. Aku menyalam tangannya seperti biasa, tetapi dia terus memelukku sambil menangis, sambil meminta maaf kepadaku.

Aku kaku di situ. Ehh nak buat apa ehh. Macam blank terus jadinyaa, haha tapi aku pluk dia balik. Ayahku ? ada dibelakang kami. Ohh tengah lap air mata rupanya. Ehh cengeng jugak ayah aku nii hishh. Entah apa ayah aku fikir masa tu. Aku? tak fikir apa2 pun.

Tak tau jugak masatu apa yang aku fikir. Mungkin masih tak sangka semua benda ni jadi. Mungkin juga tak sangka aku dah berada di rumah ibu tiriku. Mungkin juga masih fikirkan kekuatanku mnghadapi semua ini yang entah sampai bila.

Sekarang dah beberapa tahun benda ni berlalu. Ibuku sekarang sudah kepada fasa redha. Ayahku pula memang sekarang bergilir2 balik ke rumah kami.

Tapi ada waktunya ketika kami semua kerja dan sekolah pada waktu siang, ayahku yang cuti pada ketika itu akan ke rumah ibu tiriku.

Ibuku mrah juga kadang2 dan mengatakan ayahku tidak adil, kerana ada ketika ayahku kerja shift malam, dia takkan balik ke rumah kami yang tiada orang siangnya itu.

Dia akan ke rumah ibu tiriku dan terus pergi kerja pada petang itu. Makanya kami takkan sempat berjumpa pun. Ayahku pula kata dia kesunyian di rumah sorang2 ketika kami tiada.

Entahlah, mungkin ibuku betul. Dia kadangkala sunyi ketika ayahku tiada. Mungkin tindakan ayahku juga betul. Dia juga sunyi waktu kami tiada.

Tetapi memang ketara waktu ayahku bersama kami agak terbatas. Pernah sehingga seminggu kami tidak berjumpa, membuatkan kami terlalu merindukn ayah kami.

Perangai ibu tiriku pula makin lama makin lain. Kadang2 dia sangat baik, tetapi kebaikannya itu kadang kala kelihatan keterlaluan, seperti ketara sangat ingin memenangi hati kami adik beradik.

Dan kadang kala membuatkan aku berasa agak tidak selesa dgn caranya itu. Mungkin itu caranya dan gayanya. Selalu juga aku keluar bersamanya ke shopping mall sudah tentu tanpa pengetahuan ibuku sendiri, utk menjaga hatinya. Terbit juga rasa bersalah kerana menipu ibuku, tetapi bukan itu niatku.

Apa yang aku ingin simpulkan di sini, benda yang kita tak pernah jangka, tak pernah terfikir, Jika Allah mahukan, memang akan menimpa kita.

Semuanya atas kehendak-Nya. Semua untuk menguji kita sama ada kita masih mengingati-Nya atau tidak, sama ada ketika senang brgembira atau ketika duka melanda.

Apa yang penting, kita sendiri kena kuat menghadapi benda ini. Aku sendiri pun mungkin nampak seperti tiada apa2, tapi sebenarnya aku s4kit bila fikirkan benda ini. Pernah smpai terbawa2 sampai ke mimpi, bila tersedar dari mimpi aku terus menangis meraung.

Sebagai anak, lagi2 yang sulung perempuan, benda ini memang bawak effect sangat2 besar dalam diri aku. Aku jadi takutkan segala kemungkinan yang bakal jadi. Jujur aku takut sangat2. Tambah pula adik2 aku yang masih kecil semuanya.

Aku takut aku tak kuat. Buat sesiapa yang ada pengalaman sepertiku, aku teringin nak tahu macam mana kalian hadapi benda ini, macam mana juga kalian boleh jadi kuat untuk orang2 yang kalian sayang .. Tolong juga doakan aku.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *