Luna Maya

lbu Muda Gntvng Diri Bersama Anaknya Sebab Suami BeIikan Rumah Sebelah Untuk Perempuan Simpanan

Seorang wanita di Thailand yang tertekan dengan tindakan suaminya membeli rumah sebelah untuk didiami oleh perempuan simpanannya membunuh diri bersama dengan anaknya di dalam rumah tersebut.

Neung, 26, menggantung anak lelakinya berusia dua tahun terlebih dahulu pada tali nilon sebelum menggantung dirinya sendiri. Ketika ditemui, mayat dua beranak itu dipercayai sudah mati tiga hari lalu dan mula membusuk. Kerusi plastik turut ditemui di dalam bilik tersebut.

GAMBAR TRAGEDI DI BAWAH SEKALI

Ibu kepada Neung berkata, pasangan dan anak kecil mereka tinggal bersebelahan dengan rumahnya.

Warga emas ditemui meninggal dunia di kerusi menunggu kaunter Jpj. Salam takziah buat keluarga       

Difahamkan, si suami mempunyai ramai isteri dan sering keluar rumah.

Dan baru-baru ini si suami membeli rumah bersebelahan dengan rumah mereka, agar perempuan simpanannya boleh tinggal di rumah tersebut.

Neung yang mendapat tahu perkara itu berasa kecewa dan tertekan lalu membawa anaknya keluar dari rumah itu selama tiga hari dan tidak pernah pulang ke rumah.

Ibu mangsa menyangka Neung pergi menenangkan dirinya di rumah kawan.

lbu Muda Gntvng Diri Bersama Anaknya Sebab Suami BeIikan Rumah Sebelah Untuk Perempuan Simpanan
lbu Muda Gntvng Diri Bersama Anaknya Sebab Suami BeIikan Rumah Sebelah Untuk Perempuan Simpanan

Bagaimanapun, mayat dua beranak itu ditemui apabila bekas pemilik rumah tersebut datang untuk mengambil barangnya yang tertinggal.

Si suami yang mendapat tahu mengenai kejadian itu segera datang dan sedih apabila melihat keadaan anak dan isterinya itu.

lbu Muda Gntvng Diri Bersama Anaknya Sebab Suami BeIikan Rumah Sebelah Untuk Perempuan Simpanan
lbu Muda Gntvng Diri Bersama Anaknya Sebab Suami BeIikan Rumah Sebelah Untuk Perempuan Simpanan

Sementara itu, ibu Neung berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap menantunya berhubung kejadian tersebut.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber: Forum Thai Visa The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *