Luna Maya

Tiga ekor anak kucing mti akibat diIempar dari tgkat 9 oleh individu yg tidak btgungjawab

Tiga ekor anak kucing mati akibat dilempar dari tingkat 9, oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut laman D’Cat D’ Hati, tiga ekor kucing itu merupakan kucing peliharaan dan ketika kejadian tuannya tiada di rumah kerana bekerja di ibu kota.

Perkara itu disedari oleh penduduk di kawasan kediaman itu yang pada ketika itu sedang mendukung anaknya, terperanjat apabila sangkar kain yang menempatkan tiga ekor kucing itu terjatuh di depannya.

“Sampai di kawasan parking rumah, tiba-tiba terperanjat dengan bunyi kuat benda terjatuh dari atas. Nampak sangkar kucing berisi tiga ekor anak kucing, pecah di atas jalan raya. Bila pandang ke atas, tiada sesiapa di kawasan tangga pangsapuri.

“Dua ekor terkeluar dari lubang sangkar yang pecah, mengeletek dan mati. Seekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.

“Allahukbar knpa la kejam sampai mcm tu. Kau tggu la disana nti balasan nya pada kau… Kau tahu tk kucing tu kesayangan nabi.. Kejam nya engkau.” – Eshah

“Saya sayang kucing macam anak..biar mati depan saya..saya bela berbelas ekor..” – Nieta

“Allahuakbar sian nya.. kalau tak suka kucing halau keluar jangan lah buat macam tu kejam sungguh.. tunggu pembalasan nya…” – Saadiah

“Jiran yang mendukung anak terperanjat sebab sangkar kucing itu betul-betul jatuh lima meter di hadapannya. Anak-anak jiran cari ibu kucing dan letak berhampiran anak kucing. Sayu bila melihat ibu kucing membelek-belek mayat anak-anaknya.

“AJK penduduk kenal dengan pemilik sangkar kucing yang tinggal di tingkat 9. Apabila dimaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu, dia yang masih berada di KL dalam perjalanan pulang ke rumah,” kata sumber.

Sedih rase,x de hti perut bels kasihan yg mmbuangnye – Lovely

Allahuakbar xda hati perut k…esok kau mati lagi teruk dari kucing yg kau campak tu – Anie

Tak boleh berunding baik baik ke kalau ada masalah pasal binatang…. jangan lah kita manusia ada otak perangai mengalahkan binatang pulak…. kalau dia orang Islam … lihatlah satu masa nanti…. – Aisah

Sumber juga tidak menolak kematian haiwan itu angkara perbuatan khianat.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Sumber thekakiviral, pengeditan oleh Buletin Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *