Luna Maya

Lamborghini Dirakam Berjaya Melepasi Tol Tanpa Palang Dinaikkan Jadi Perhatian Ntizen

Wow, betul ke video yang berjaya dirakam oleh seorang pengguna lebuhraya menunjukkan kelibat sebuah kereta Lamborghini berjaya melepasi tol tanpa membuat bayaran?

Kalaulah betul ini adalah satu idea yang genius bagi sesiapa yang merancang untuk mengelak daripada membayar tol di lebuhraya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Video yang tular itu jelas menunjukkan sebuah jentera yang dianggarkan berharga melebihi RM 1 juta itu itu berjaya melalui tol dengan palang yang tidak dinaikkan.

Kereta ‘sukan’ dari Itali itu terkenal dengan saiz ketinggian yang amat rendah, ini membolehkan jentera ini meloloskan diri dibawah palang tol dengan mudah.

Rata rata netizen yang menyaksikan video tersebut mengatakan Lamborghini tersebut tidak membayar tol, ini kerana lampu di tol tidak bertukar menjadi hijau dan juga palang tol tidak terangkat.

Ada juga yang memberi pendapat yang sebaliknya. Menurut komen dari Syafie,

“Smart tag… Tgk total duit kt screen tu…. Palang xdan bukak lg tp tol dia bayar… Adoiiii xkan xnmpk”

Walaubagaimanapun pihak kami tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang terjadi, buat masa ini tidak ada kenyataan yang dikeluarkan dari mana mana pihak.

Untuk tonton video SILA KLIK SINI

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber asal HarianArticles.com, sumber video oleh Penang Press, disunting oleh BuletinMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *