Sejak kebelakangan ini, kita disajikan dengan pelbagai video dari Kaklong 7E yang bermula dengan rakaman dirinya sedang mengamuk di sebuah kedai serbaneka.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Setelah isu tersebut reda, timbul lagi perkongsian baru apabila dia dijemput ke salah satu stesen televisyen dan membuat video seolah mengejek orang kelainan upaya (OKU).
Disebabkan teruk dikecam, wanita berasal dari Dungun itu mengambil keputusan untuk berehat seketika dari media sosial dan enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Tak sampai sehari isu tersebut reda, satu lagi video wanita mengamuk di kedai makan pula menjadi perhatian ramai.
Walaupun wanita tersebut tidak diketahui identitinya, namun video berkenaan menjadi perbualan netizen apabila mengaitkannya sebagai ‘Kaklong 2.0’.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai sudah tentu tindakan seorang lelaki yang kebetulan ada di dalam video itu apabila melaungkan azan ketika pergaduhan mulut berlaku.
Dapat didengar dengan jelas laungan azan itu bergema di dalam kedai. Tindakan pakcik tersebut mendapat pujian netizen memandangkan berlaku ‘keributan’ ketika itu dan paling tidak ia mampu menenangkan keadaan yang agak tegang.
Tonton Video SILA KLIK SINI
Sumber: TikTok UtusanTV, Facebook Stnr Shaqiera