Luna Maya

Lelaki Ini Dkwa Dia Datang Dari Tahun 5000, Siap Beri Bukti Gambar Bandar LA Pada Masa Depan

Seorang lelaki mendakwa bahawa dirinya seorang penggembara masa yang datang dari tahun 5000 dan mengatakan seluruh bandar di Los Angeles (LA) akan ditenggelami air kerana perubahan iklim, malah dia juga mengaku memiliki bukti bergambar mengenai kejadian itu.

Menurut Daily Star, lelaki itu telah memberitahu perkara tersebut kepada kru kamera dari ApexTV. Dia mendakwa bahawa dia merupakan sebahagian daripada eksperimen penggembaraan masa yang dirahsiakan pada tahun 2004 dan telah dihantar ke 3,000 tahun ke depan.

Dia mendakwa pernah bekerja di sebuah makmal di LA dan diberikan tugas untuk pergi ke masa depan dan mengambil gambar.

Dakwanya lagi, ketika tiba di masa depan itu, dia ‘disajikan’ dengan pemandangan bandar LA yang ditenggelami oleh perairan yang dasyat.

Kononnya untuk melindungi identiti, wajah lelaki itu ketika ‘diwawancara’ telah dikaburkan dan suaranya juga disunting.

“Saya akan menceritakan kisah yang mengejutkan anda, saya tiba di suatu lokasi yang semuanya diperbuat daripada kayu, selepas itu baru saya sedar bahawa ia merupakan bandar LA tetapi telah ditenggelami air,” katanya.

Dia juga mendakwa telah bercakap dengan orang yang tinggal di sana dan mereka memberitahu bahawa banjir besar telah berlaku akibat dari pemanasan global.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat berkenaan lelaki tersebut.

Dia ni bekas hokage

Takkan la tahun 5000 pakaian macam ni

Mungkin dia bkerja di kilang gam

Sumber: Daily Star & SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *