Luna Maya

Mengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New Age

Mengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New Age

Lirik lagu Pelukan Angkasa oleh kumpulan SOG dan Shila Amzah yang menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu malam tadi didakwa menerapkan elemen ajaran akidah kebatinan New Age.

Dakwaan itu dibuat oleh Ustaz Ahmad Ikram dalam satu hantaran di facebooknya selepas ditanya mengenai lirik lagu tersebut melalui satu tangkap layar yang dikongsikan.

Mengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New Age

“Setelah mendapat mesej ini saya mula mencari liriknya dan dibaca lirik lagu tersebut memang sukar difahami secara zahir.

Tetapi bila dibaca dengan kaca mata akidah kebatinan (New Age) maka akan dapat difahami dengan jelas apa yang cuba dimaksudkan.”

Mengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New AgeMengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New AgeMengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New AgeMengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New AgeMengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New AgeMengejutkan Rupanya Lirik Lagu ‘PeIukan Angkasa’ Ada Unsur² Akidah Kebatinan New Age

Untuk rekod, Ustaz Ahmad Iqram merupakan penulis buku bertajuk “Tersesat Kebatilan New Age” yang diterbitkan pada tahun 2021.

Setakat ini, hantaran tersebut mendapat 358 perkongsian dengan 384 tanda suka dan 233 emoji ketawa dan hangat diperdebatkan di ruang komen.

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mencipta kejutan.

Ini apabila mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan lagu pemuzik ‘underground’ itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bersalut emas.

Lagu ini mula disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi SOG pada 18 September 2019.

Ia menjadi runut bunyi bagi filem KL Vampires yang ditayangkan pada 14 November 2019.

Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga SOG berjudul Second Voyage -Buletin TTKM-

Berikut merupakan lirik penuh lagu tersebut:

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu

Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu

Langit gelita sematkan bintang di dadamu

Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul

Bersiul hembus

Menghembus luka

Dingin menusuk

Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap

Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu

Mampu memecahkan bongkah ini

Rangkul tanganku

Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa dua dunia

Ingin mengecap damai bahagia

Tahukah bahawa cinta itu satu dosaHahPangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu membebaskan

Pangkulah aku wahai semesta

Katakan cinta itu

Katakan cinta itu

Peluklah aku wahai angkasa

Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Tonton Video:

 

 

Sumber TTKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *