Luna Maya

Aku terpaksa jaIan kaki pergi kerja sebab lstri sorokkan kunci kereta hanya sbb aku tak kemas rumah

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua, aku seorang lelaki yang dah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak. Entahlah, kadang – kadang hidup berumahtangga ni terIampau banyak sangat dugaannya.

Sepanjang hidup bersama dengan isteri, kurangnya rasa bahagia tu. Setiap hari aku g4duh dengan isteri. Bukannya aku nak burukkan dia, tapi I memang dah tak tahan dah dengan per4ngai dia.

Sukar untuk dibawa berbincang kalau ada masalah dalam family. Aku ni kalau boleh nak settle cara baik dan tak nak panjangkan masalah tuh tapi isteri aku pula suke ambik hal tu jadi berat dan marah – marah. Tak boleh nak dengar nasihat aku pun…

Kalau aku cakap, tak penah dia nak dengar, semuanya silap aku je. Dah tu kalau time aku kerja, dia dengan anak – anak duduk rumah, ada jer benda berlaku. Kalau dah berlaku hal kat rumah, dia akan call aku suruh balik sebab dia tak dapat handle anak – anak aku yang kadang – kadang nakal tu.

Aku terp4ksa juga balik, kalau tak nanti dia meng4muk. Dah la aku kerja dalam badan beruniform. Mana boleh suka – suka jer nak balik. Aku dah bagitau situasi  sebenar kepada isteri tapi dia tetap gak tak nak faham.

Sampai bos aku pun marah dan tak suka aku balik kerana hal – hal peribadi. Kadang – kadang kalau takde orang jaga anak sebab masing – masing bekerja, dia akan suruh aku bawa anak aku 2 orang tu kat balai.

Semua kena ikut kehendak dia je. Aku benar – benar tertekan dah sekarang. Aku mengaku kadang – kadang aku memang mungkin tak tegas agaknya sebab aku bukan jenis tegas sangat sampai nak naik tangan kalau isteri aku buat hal.

Untuk pengetahun korang, aku pernah je jalan kaki pergi kerja hanya sebab aku buat salah sikit. Macam aku cakap tadi, isteri aku ni pembersih orangnya, rumah kotor sikit dia dah kecoh bagai  nak rak.

Nak tak nak, aku buat juga. Aku tak paham, dia nak rumah bersih macam mana lagi. Aduhaaiiiii.. kalau korang pun, mesti korang akan rase macam tu jugak. Dia siap simpan kunci kereta aku selagi rumah tak kemas aku tak boleh pergi kerja.

Nak turun keje satu hal pulak. Aku terp4ksa jalan kaki. Bayangkan aku duduk putrajaya, memang tak besar putrajaya tapi aku dari presint 11 nak sampai ke presint 9 dengan jalan kaki memang agak jauh tu.. 30 minit aku jalan kaki sampai ke balai.

Kalau ada hal yang isteri tak puas hati dengan aku, dia siap pergi balai jumpa pegawai. Dia mengadu kalau ada yang tak kena bila aku buat kerja rumah. Aku tak tau la nak cakap macam mane lagi.

Kalau tak hormat kat aku pun bukan tu caranya. Aku ni macam tak bermakna dalam hidup dia lagi. Isteri aku ni tak cantik pun orangnya. Dulu masa kahwin dengan dia, aku fikir macam ni je.

Biasanya kalau perempuan tak cantik, takkan memeningkan kepala aku. Tapi dalam kes aku ni macam terbalik plak malah m4kin teruk jadinya. Kalau ikutkan, aku boleh dapat perempuan jauh lebih baik dari dia.

Semua kawan – kawan aku cakap macam tu. Malah keluarga aku sendiri sebab hanya orang yang mengalami masalah macam aku je tau macam mana siksanya aku hadapi semua ni. Nak kata aku ni baik sangat, tak juga tapi aku rasa aku dah jalankan tanggungjawab secukupnya pada isteri dan anak – anak.

Semua yang mereka nak aku sedaya upaya tunaikan. Memang dalam diam aku makan hati dengan sikap isteri aku sebab hari – hari aku kena m4ki hamun dengan dia bila dia dah mula marah.

Sekarang ni, ada sorang best friend isteri aku yang tumpang kereta kitorang kalau turun kerja. Kawan isteri aku ni ibu tunggal. Tapi dari pemerhatian aku, dia seorang yang baik budi bahasa, sopan malah isteri aku pun selalu puji kawan dia tu.

Aku tak nafikan dan dalam diam, aku pula simpan perasaan pada best friend isteri aku tu. Aku tahu mesti korang ingat aku gatal ke ape. Tak kisahlah sebab masalah rumahtangga, aku jadi macam ni.

Hati aku dah berubah dan tawar. Tapi aku tak pernah luahkan dekat isteri aku pasal perasaan aku tu. M4mpus aku nanti. Mesti kena kaw – kaw aku nanti. Walau macam mana pun aku tetap jalankan tanggungjawab aku.

Aku harap para pembaca boleh bagi aku nasihat pada aku ape yang harus aku buat. Sekarang memang hati aku dah tawar sangat dekat isteri. Duit gaji aku pun aku serahkan pada isteri sebab dia yang nak budget belanja aku.

Jadi setiap pagi, aku akan minta RM10 atau rm20 untuk wang saku. Polis tak boleh bawa wang saku banyak – banyak, lagipun cukuplah untuk aku makan. Aku pun bukan makan banyak sangat, nak makan pun takde selera dengan masalah yang menekan aku.

Aku rasa redha je la dengan apa yang akan jadi lepas ni. Aku selalu rindukan best friend isteri tu. Tolong bantu aku. Aku benar – benar tersepit sekarang ni.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Sumber : mediadainiki.com

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *