Luna Maya

Kasihan pekerja, Syahmi Sazli beri bonus setiap seorang di hari terakhir jualan air

Diberhentikan tanpa notis, pengarah filem dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli memberikan bonus sebanyak RM1,000 kepada setiap pekerja di hari terakhir perniagaan air balang miliknya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi muat naik video di laman Facebook, YouTuber berusia 27 tahun itu mengakui kasihan dengan nasib pekerjanya selepas mengambil keputusan mengejut bagi memberhentikan jualan buat sementara waktu.

Video berdurasi hampir tiga minit berkenaan memaparkan sekumpulan pekerja bersorak gembira selain menangis terharu selepas pengarah filem Mael Totey itu mengumumkan pemberian bonus tersebut.

Sejak bulan Ramadan lalu, perniagaan air balang di hadapan pejabatnya di Kubang Kerian, Kelantan diserbu orang ramai sehingga sanggup beratur panjang untuk membeli.

Bagaimanapun, Syahmi mengumumkan perkara itu semalam sekali gus menerima pujian ramai kerana mengambil kira faktor hak milik orang lain tanpa kepentingan diri sendiri.

“Sebab tu kita kena selalu berdoa untuk jadi orang Islam yang kaya raya, supaya dapat bantu lebih ramai orang. Ini anak muda contoh. Tahniah Mie, semoga terus berjaya di dunia dan akhirat…” – Tengku

“Alhamdulillah Patut lah allah lipat ganda kan rezeki mie sekeluarga cbb langsung xmegira.. semoga dipermudahkan segala urusan perniagaan mie.contoh majikan terbaik” – Gee

“Membahagiakan org adalah jln yg mudah utk kesyurga…semoga Allah swt sentiasa memberkati syahmi sekeluarga…aamiinYRA” – Fanna

“Ni baru betul majikan 1 million in 1…aku respect kau minn..Semoga dilimpahkan rezeki selalu..Aamin” – Faisal

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Facebook Syahmi Sazli

Leave a Reply

Your email address will not be published.