Luna Maya

Lelaki BeIasah Pemandu Van Dgn Buah Silat Akhirnya Menerima Padah Apabila Polis Membuka Kertas Siasatan

Tular sebuah video hasil perkongsian seorang netizen yang memaparkan aksi pergaduhan di jalan raya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video berdurasi kurang 15 minit itu, kemalangan tersebut dipercayai berlaku kelmarin membabitkan sebuah van dan kenderaan jenis Proton Saga.

Mengikut apa yang dipaparkan, pemandu Proton Saga itu keluar daripada kenderaan lalu mengamuk apabila van tersebut melanggar bahagian belakang keretanya.

Disebabkan itu, lelaki berkenaan melepaskan beberapa tumbukan menerusi tingkap pemandu van.

Pun begitu, serangan itu langsung tidak dibalas oleh pemandu van tersebut.

Tidak puas dengan tumbukan itu, lelaki tersebut kemudian menarik keluar dan terus membelasah pemandu van dengan ‘buah silat sehingga terbaring di atas jalan.

Rakaman itu sekali gus mengundang kecaman ramai menganggap masalah tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik tanpa sebarang keganasan.

Malah, ramai yang mendakwa lelaki Proton Saga itu menyalah guna ilmu mempertahankan diri untuk ‘membuli’ individu lain.

“Kenapa sampai kena pukul pemandu van tu, kesiannya”.

“Lunyai pemandu Van tu, langsung tak lawan, mentang-menatang kau kuat bertubi-tubi kau bagi”.

“Bincang la elok-elok, bukan berlagak kuat atas jalan raya,” tulis beberapa netizen.

Serdang: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pukul di Jalan PUJ 3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 21 saat yang tular di Facebook, hari ini.

“Video menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih.

“Lelaki itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata ‘nak lagi tak, nak lagi tak’ sambil menumbuk mangsa beberapa kali dan menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, punca kejadian masih tidak dapat dikenal pasti kerana sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat kedua-dua pihak.

“Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan terhadap kejadian itu.

“Kami memohon kerjasama individu yang terbabit dalam kejadian ini atau orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sophian Sian di talian 016-5092654 atau Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-80742222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tonton Video:

 

Sumber Gempak, HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.