Luna Maya

Krew dedah rutin Aliff Aziz di GV8, imamkan solat di belakang pentas

Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya sebenar tadi.

RAKAMAN VIDEO ALIFF DI BAWAH SEKALI

Aliff yang membawa persembahan lagu Sampai Syurga dan Dealova itu mengetepikan saingan seperti Nikki, Azan Scan, Adibah Noor, Aweera dan Suki.

Persembahan akhir itu diadili oleh juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow selaku juri jemputan.

Bertemakan ‘Akhirnya Kini Pasti’, program akhir itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain dimeriahkan dengan persembahan daripada bekas peserta GV8 iaitu Fazley Yaakob, Upiak Isil, Bandi Amuk, Shidee, Ani Maiyuni, Nico G dan SaYa.

Di sebalik kemenangan Aliff Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), mungkin terdapat sisi lain yang belum pernah dilihat orang ramai terutama peminatnya.

Terbaharu, seorang pengguna aplikasi TikTok yang juga dipercayai krew produksi program realiti nyanyian tersebut berkongsi satu video memaparkan ‘aktiviti’ penyanyi asal Singapura itu di belakang pentas.

Rakaman berdurasi 16 saat tersebut memaparkan penyanyi lagu Sayang-Sayang itu sedang mengimamkan solat secara berjemaah dimana terdapat beberapa makmum di belakangnya.

Selain tiga orang jemaah lelaki, turut kelihatan seorang wanita dipercayai isterinya Bella Astillah sebelum dirakam oleh pemilik video yang menggunakan nama @yesnoooooooo.

“Rutin sang juara. Tahniah Aliff Aziz & Bella,” tulis @yesnoooooooo ringkas dalam video berkenaan.

Video itu menerima setengah juta tontonan serta hampir 800 reaksi warganet yang meninggalkan komen positif terhadap tindakan Aliff yang tidak lupa menunaikan kewajipan sebagai hambaNya walaupun sibuk dengan jadual padat.

Rata-rata mengakui kagum dengan perubahan pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu setelah melalui pelbagai kisah silam dan kontroversi sebelum ini selain memuji tahap kesetiaan isterinya yang tidak jemu menyokong dari dulu lagi.

Terdahulu, Aliff menewaskan peserta lain iaitu Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera sekali gus meraih hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Tonton Video:

Sumber Omm

Leave a Reply

Your email address will not be published.